MISI PENGAMAN PBB DI SUDAN SELATAN: LIMA PETUGAS PDRM SELAMAT TIBA DI TANAHAIR

63
SHARES
204
VIEWS

Lima petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada empat pegawai dan seorang anggota selamat tiba di tanah air semalam selepas menamatkan penugasan selama setahun dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan.

Ketibaan ACP Loi Poo Lang, Superintendan Mohamad Pouzi Abd Rauf, ASP Manivanan Sundaram, ASP Harminder Singh Pritam Singh dan Sarjan Jim Chin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah disambut oleh Ketua Pegawai Turus Istiadat, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Khairul Azman Ro, mewakili pucuk pimpinan tertinggi PDRM. 

Mereka telah memulakan misi pada 23 Jun 2024 dan kini kembali dengan pengalaman dan pengetahuan yang berharga dalam arena kepolisan antarabangsa.

Sehingga kini, seramai 4,169 pegawai dan anggota PDRM telah diberi kepercayaan menyertai misi pengaman PBB di 13 buah negara seluruh dunia, membuktikan komitmen Malaysia dalam menjayakan keamanan sejagat.

Related Posts