Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Tuan Mohd Khairul Zamalluddin di Bilik KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara PDRM dan SPP selain membincangkan pelbagai isu berkaitan hal ehwal kepolisan dan perkhidmatan dalam pasukan.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Penolong Setiausaha (Tatatertib dan Inkuiri), SPP, ACP Agus Salim Mohd Alias dan Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan dan Dasar Perancangan) SPP, Puan Syuhana Khalidi.