ANWAR HADIR SIDANG KEMUNCAK BRICS KE-17

63
SHARES
203
VIEWS

Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia telah selamat tiba di destinasi seterusnya bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 atas jemputan Presiden Lula da Silva.

Kehadiran ini merupakan satu penghormatan besar kepada Malaysia selaku Negara Rakan dan Pengerusi ASEAN.

Sepanjang Sidang Kemuncak, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama beberapa pimpinan negara lain yang turut hadir, selain menyantuni komuniti perniagaan tempatan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dan pelaburan baharu.

Insya-Allah, penyertaan Malaysia dalam BRICS kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperkukuh kerjasama Selatan-Selatan dan membawa suara ASEAN ke pentas global secara lebih berkesan.

Related Posts