DR. CHUA SOI LEK BERMAIN API DAN POLITIK MERBAHAYA

575
SHARES
2.6k
VIEWS

Shah Alam

19 Mei 2019

Dr. Chua Sok Lek, bekas Presiden MCA menyatakan bahawa MCA boleh kembali memikat hati pengundi dan orang-orang Cina (regain it’s former glory days) sekiranya MCA keluar dari Barisan Nasional dan bergabung dengan Gerakan, MIC dan MyPPP.

Chua Sok Lek kata, MCA akan kehilangan pengundi-pengundi Melayu sekiranya MCA keluar dari BN tetapi kini MCA sudah tiada pilihan, sekiranya mahu keluar dari kemelut politik ini.

Di PRU ke-14, MCA kalah teruk, hanya menang 1 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN (Negeri).

Chua seterusnya menyatakan bahawa MCA akan terus kehilangan rasa hormat dari masyarakat Cina sekiranya masih bersama UMNO dan BN, kerana UMNO kini menjalinkan kerjasama politik dengan PAS.

MCA seharusnya mencorakkan satu kerjasama politik dengan MIC dan MyPPP.

Chua kata, MCA seharusnya menjadi juara kepada isu-isu lain yang melibatkan masyarakat Cina seperti isu kos sara hidup dan isu keadaan ekonomi yang semakin malap.

Bukan hanya menjadi juara tentang isu sekolah Cina, pendidikan Cina dan UEC sahaja.

Chua berasa yakin MCA akan kembali ke dalam arus perdana politik negara sekiranya MCA melakukan transformasi politik dan menyelesaikan masalah pergaduhan (rivalry) di dalam parti MCA.
(Sumber : Malaysian Insight).

ULASAN:

Sesungguhnya Chua Soi Lek memberi pandangan-pandangan yang berbeza dan merbahaya.

Pandangan Chua bahawa MCA seharusnya keluar dari Barisan Nasional dan membina gabungan baru dengan MIC, Gerakan dan MyPPP di luar BN, bertujuan untuk memecah-belahkan satu kerjasama politik, UMNO, MCA dan MIC semenjak sebelum Merdeka.

Adakah ini bertujuan membina Satu Force (satu kekuatan) yang baru di antara parti-parti politik bukan Melayu di luar BN, untuk terus mengugut parti pemerintah yang ada sekarang serta mengugut UMNO dengan PAS yang kini sudah bergabung.

Dulu MCA juga pernah tidak menyertai Kabinet Najib Razak akibat kekalahan teruk di Pilihan Raya Umum.

Walaupun ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat Cina tetapi segala usaha ini tidak menjadi.

Apa bezanya tidak menyertai Kabinet, dengan keluar meninggalkan Barisan Nasional?

Chua juga menyatakan bahawa MCA akan HILANG RASA HORMAT dari masyarakat Cina sekiranya masih berada di dalam BN dan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Apa yang Chua risaukan?

Sememangnya MCA sudah hilang rasa hormat dari masyarakat Cina semenjak Pilihan Raya Umum tahun 2008.

Sudah 11 tahun masyarakat Cina tidak menyokong MCA.

Sudah tidak ada rasa hormat dan belas kasihan masyarakat Cina terhadap MCA semenjak 3 Pilihan Raya Umum yang lalu sehinggakan pada PRU ke-14, 95% peratus pengundi Cina sudah tidak lagi mengundi atau menyokong BN, MCA dan UMNO.

Presiden MCA pun kalah teruk di Bentong.

Masyarakat Cina lebih percaya kepada propaganda Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP bahawa bangsa Cina melalui DAP akan dapat memerintah Pulau Pinang, Melaka dan negara Malaysia secara keseluruhannya.

Rakyat Malaysia berbangsa Cina juga merasakan dengan DAP dan Pakatan Harapan, mereka akan mendapat A BETTER DEAL, (habuan yang lebih baik).

Chua juga menyatakan bahawa MCA semasa memerintah bersama BN telah gagal mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Penulis berpendapat, kos sara hidup adalah masalah global yang turut dirasai oleh negara Indonesia, Singapura dan Thailand. Negara jiran kita.

PERSOALANNYA:

Chua sebenarnya lebih banyak menyalahkan kerajaan BN dan kepimpinan MCA terdahulu.

Sedangkan, semasa kepimpinan Najib Razak dan Abdullah Badawi, pelbagai demand dan tuntutan yang dikemukakan oleh MCA telah ditunaikan oleh kedua-dua pemimpin BN ini.

Mungkin sudah sampai masanya Najib dan Pak Lah mengeluarkan kenyataan apa tuntutan yang Chua minta ketika dia menjawat jawatan Presiden MCA dan telah ditunaikan oleh Najib dan Pak Lah.

Namun demikian, Masyarakat Cina semenjak tahun 2008 masih terus menyokong DAP dan tidak kembali kepada MCA dan BN.

KESIMPULANNYA:

Pandangan-pandangan Chua kebanyakannya radikal dan tidak boleh diterima.

MCA di bawah kepimpinan Wee Ka Siong (Presiden MCA) kelihatan lebih fokus dan lebih menghargai keahlian MCA di dalam Barisan Nasional.

Wee juga kelihatan lebih memahami hubungan kerjasama politik UMNO dengan PAS di dalam Blok Pembangkang.

Secara keseluruhannya, Masyarakat Cina kini boleh membuat penilaian sendiri keberkesanan Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Negara ini setelah satu tahun.

Keadaan ekonomi yang semakin malap dan kuncup, juga merisaukan ahli-ahli perniagaan berbangsa Cina dan masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Apabila negara berhadapan dengan kegawatan ekonomi, perut kosong dan business tiada, berkemungkinan besar barulah masyarakat Cina ini sedar, di bawah kepimpinan yang mana lebih baik.

KERAJAAN BN TERDAHULU ATAU KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

BIARKAN RAKYAT MENILAI.

Salam.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts