BUKTI MALAYSIA NEGARA ISLAM – SIRI II

384
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Dr. Wan Ahmad Fauzi

Perlembagaan bertulis bagi Kerajaan Melayu Kedah boleh dirujuk dalam Jurnal “Royal Asiatic Society” di bawah.

Mungkin ramai masih keliru tentang maksud atau takrifan istilah ‘Perlembagaan”.

Perlembagaan ialah keterangan bersifat undang-undang tertinggi tentang kenegaraan dan prinsip ketatanegaraan sebuah kerajaan berdaulat, yang dilihat melalui undang-undang bertulis, adat tempatan dan amalan (termasuklah konvensyen).

Apabila ada Raja atau penguasa politik dan kerajaannya, maka berdirilah suatu sistem Perlembagaan. Perlembagaan tidak semestinya dalam bentuk bertulis atau terhimpun dalam sebuah teks, malah tidak wajar membatasi istilah Perlembagaan dalam bentuk tertentu kerana sebuah kerajaan berdaulat berkuasa untuk menentukan bentuk Perlembagaannya.

Perlembagaan bertulis di Tanah Melayu pada hakikatnya wujud selewat-lewatnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Hukum Kanun Melaka adalah bukti jelas. Perlembagaan bertulis pasca Hukum Kanun Melaka seperti Undang-Undang Kerajaan Melayu Kedah menunjukkan prinsip Raja Berperlembagaan di Tanah Melayu sudah sekian lama bertulis.

Pada hakikatnya, Raja dan Perlembagaan itu satu istilah yang tidak boleh dipisahkan. Bezanya hanya pada prinsip sama ada bercirikan kerangka besar kontinum atau dikotomi.

Dalam sistem Raja Berperlembagaan, bukan sahaja Raja itu perlu memerintah berdasarkan falsafah, doktrin dan prinsip Perlembagaannya (Ventel, 2000) bahkan setiap penguasa politik termasuklah Presiden, Perdana Menteri mahupun Canselor yang dicipta oleh Perlembagaan perlu menegakkan kedaulatan undang-undang, jauh sekali berkuasa mutlak.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=392137518301983&id=100025172144866

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts