BUKTI MALAYSIA NEGARA ISLAM – SIRI I

501
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Dr. Wan Ahmad Fauzi

Perlembagaan bertulis bagi Negeri Kedah. Dokumen itu antara bukti bahawa dalam sistem politik tradisional Melayu, Raja-Raja memerintah berdasarkan hukum syarak. Pemerintahan watan di Tanah Melayu berteraskan prinsip keadilan dan amalan syura, bukan bersifat feudal.

Raja Melayu di sisi akidah dan undang-undang watan mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan syariah dalam diri dan kerajaan Baginda. Amalan syura mengukuhkan hubungan antara Baginda dan para pembesar, setiap mereka di Tanah Melayu sekian lama mendokong prinsip kedaulatan bersumberkan ajaran Islam.

Inilah prinsip Raja Berperlembagaan di Tanah Melayu yang diwarisi dan termaktub dalam Per. 181(1) Perlembagaan Persekutuan. Prinsip tersebut diperkukuhkan dalam Peruntukan-peruntukan Perlembagaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Amalan dalam sistem politik negara hendaklah dalam bentuk yang digariskan oleh Raja-Raja Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957; Perjanjian yang menginstitusikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atas Kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai pemegang amanah Allah SWT. Selanjutnya rakyat memilih wakil-wakil mereka dalam badan perundangan untuk melaksanakan amanah rakyat sebagai ahli syura dalam sistem politik Persekutuan.

Ringkasnya, pelaksanaan prinsip kedaulatan berlandaskan Islam hendaklah seperti bentuk yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing.

Islam ialah agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri. Dalam konteks ini Kedaulatan Islam perlu difahami di sisi Perlembagaan tempatan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=391407678374967&id=100025172144866

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts