PILIHAN RAYA UMUM AWAL ATAU TUNGGU LAGI 4 TAHUN

105
SHARES
661
VIEWS

18 Mei 2019

Melaka

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam, Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Mazlan Ali tidak bersetuju dengan pandangan Ku Li bahawa Kerajaan Pakatan akan mengadakan Pilihan Raya Umum secara mengejut dalam setahun ini.

Dr. Mazlan berpendapat bahawa Kerajaan PH tentu sedar, landskap politik sekarang tidak memihak kepada PH tetapi kepada UMNO, BN dan PAS.

Sekiranya PRU diadakan dalam waktu terdekat ini, Kerajaan Pakatan dijangka akan kalah. Jadi apa gunanya mengadakan PRU ke-15 awal.

Manakala, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan pula berkata, PRU ke-15 boleh diadakan atas dasar Perdana Menteri merasakan rakyat perlu memberi mandat baru kepada kepimpinan baru (Anwar Ibrahim).

Atau sekiranya berlaku perpecahan di dalam Gabungan Pakatan Harapan untuk menentukan siapa layak menjadi Perdana Menteri, pemerintah (PH) kehilangan majoriti.

Dan Yang Di-Pertuan Agong dinasihatkan oleh Perdana Menteri bahawa pembubaran merupakan keputusan terbaik berpandukan kepada situasi semasa.

Negara kita tidak mengamalkan satu tarikh tetap untuk Pilihan Raya Umum (genap 5 tahun).

ULASAN:

Ulasan daripada kedua-dua Pensyarah Kanan Sosio Politik ini jelas membayangkan bahawa Kerajaan Pakatan menghadapi masalah keyakinan dengan rakyat.

Majoriti rakyat kini berada bersama UMNO, BN dan PAS.

Trend politik hari ini memihak kepada UMNO, BN dan PAS kecuali di kawasan majoriti besar bangsa Cina di Sandakan, Sabah yang masih memihak kepada DAP.

Parti MCA belum berupaya untuk mengubah fikiran dan hati pengundi-pengundi Cina untuk menyokong BN dan MCA.

Manakala, parti Gerakan menerusi kepimpinan Presiden Parti Gerakan yang baru, Dominic, semakin hanyut dibuai mimpi.

Satu perkara yang penting, mengikut sejarah politik semasa, penulis berpendapat, Ku Li tidak mungkin mengeluarkan pandangan bahawa Pilihan Raya Umum berkemungkinan akan berlaku di dalam jangka waktu terdekat tanpa sebarang asas.

Ku Li, bukan suka-suka buat kenyataan. Pasti Ku Li mempunyai beberapa maklumat yang kukuh untuk membuat pandangan sedemikian.

Ku Li bukan ahli politik setahun jagung. Ku Li sudah berada di arus perdana politik negara lebih daripada 50 tahun.

Sekiranya tiada angin, takkanlah pohon hendak bergoyang.

Kita tunggu dan lihat.

Salam,

DSBA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend