UMNO-PAS PERLU BERSEDIA AWAL – KU LI

86
SHARES
359
VIEWS

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan agar kerjasama PAS-UMNO perlu bersedia lebih awal termasuk dalam pembahagian kerusi antara mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Beliau mengandaikan terdapat kemungkinan PRU-15 akan berlaku secara mengejut atau akan diadakan lebih awal.

Tengku Razaleigh juga menyarankan agar kedudukan parti masing-masing dalam PRU-15 juga perlu diselesaikan supaya tidak wujud isu yang boleh memecahbelahkan mereka kerana pihak lawan sentiasa mengintai peluang untuk menggagalkan kerjasama PAS-UMNO ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan agar jangan melupakan mereka yang bukan Melayu yang menjadi rakan setia selama ini.

Tengku Razaleigh turut berpandangan jika mahu bergabung mestilah merujuk cara bersatu di bawah Barisan Nasional dan tidak bermakna jika PAS-UMNO hanya bekerjasama untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) sahaja.

Beliau dipetik berkata kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di perkarangan Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) semalam yang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Penasihat MPM, Tun Hanif Omar, Tan Sri Abu Zahar Ujang serta Setiausaha Agung MPM, Datuk Hasan Mad.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend