MALAYSIAKINI: JANGAN CUBA MENYEMARAKKAN API PERMUSUHAN ANTARA KAUM

46
SHARES
257
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA

15 Mei 2019

Wira Perkasa Malaysia mempersoal apa tujuan sebenarnya Malaysiakini berusaha mengumpul maklumat lisan dan mengeluarkan artikel yang berbau hasutan berhubung isu 13 Mei. Apa yang dilakukan oleh Malaysiakini adalah tidak releven dibuat pada masa ini kerana kejadian ini sudah 50 tahun berlalu, ramai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sudah meninggal dunia malah mereka yang mengeluarkan kenyataan tak mungkin boleh mengingati sepenuhnya peristiwa yang telah berlaku pada 50 tahun lalu.

Usaha yang dibuat oleh Malaysiakini seolah-olah cuba mempertikaikan Laporan Mageran yang telah menjadi rekod rasmi negara berhubung peristiwa 13 Mei dan cuba mengelirukan rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak sahih. Sehinggakan timbul dan ada sesetengah pihak mengatakan negara kita tidak berlaku adil kepada sesetengah pihak dengan membandingkan dasar daripada negara-negara luar serta mempertikaikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Wira PERKASA Malaysia juga meminta mana-mana pihak jangan samakan dasar dan Perlembagaan negara berhubung Perkara 153 sebagai penindasan kepada kaum lain, semua pihak mesti ingat kerakyatan diberikan kepada kaum lain semasa negara ingin mencapai kemerdekaan adalah bersyarat berdasarkan kontrak sosial; ini bermakna jika mana-mana pihak cuba mengugat Perkara 153 bermakna mereka menggugat kewarganegaraan yang mereka dapat sekarang ini serta mesti diingat keadaan sosial negara Malaysia adalah tidak sama dengan negara-negara lain.

Oleh itu, Wira PERKASA Malaysia meminta Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius dan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini serta jangan biarkan Malaysia Baharu yang baru menyambut 1 tahun pentadbirannya dirosakkan dengan dakyah-dakyah seperti ini.

BURHANUDDIN RUSLAN

Ketua Wira PERKASA Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend