TUN DAIM PATUT DIAM DARIPADA MEMBUAT KENYATAAN KURANG BIJAK MENGENAI MATRIKULASI

471
SHARES
2.3k
VIEWS

MUAFAKAT protes kenyataan Tun Daim Zainuddin yang berpandangan bahawa program Matrikulasi Kementerian Pendidikan yang diperkenalkan pada tahun 1999 oleh KPM bagi pelajar Melayu dan Bumiputera untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) sudah tidak relevan untuk diteruskan memandangkan matlamat asal penubuhan program tersebut bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah tercapai.

Anehnya kenyataan beliau itu yang keluar di Sinar Harian bertarikh 12 Mei 2019 selari dengan kenyataan Presiden Gerakan, Dominic Lau sehari kemudiannya kebetulan pula dengan peristiwa 13 Mei di Malaysiakini, yang menuntut supaya Matrikulasi dimansuhkan seolah-olah ada agenda oleh bukan Melayu untuk menghapuskan keistimewaan anak-anak orang Melayu. Kenyataan Dominic ini dipersoalkan kenapa selama berada bersama BN, Gerakan tidak pernah membantahnya secara terbuka?

MUAFAKAT tidak menafikan program matrikulasi ini sebagai suatu program yang memberi hak keistimewaan kepada orang Melayu tetapi ianya bukan “pintu belakang” sebagaimana dakwaan Tun Mahathir dan hujah ini dibalas dengan hujah oleh Pengerusi Keilmuan Nasional, Zambri Mohd Isa dengan mengatakan program matrikulasi adalah satu dasar dan usaha untuk mewujudkan keadilan sosial selain usaha pendemokrasian pendidikan, ianya juga adalah laluan alternatif bagi pelajar Melayu selain STPM sebagai persediaan masuk ke universiti bagi golongan pelajar miskin dan keluarga berpendapatan rendah.

Adalah amat naif orang yang mengatakan pelajar Melayu yang menyertai program matrikulasi adalah dari kalangan yang tidak mempunyai kelayakan akademik terpuji, ini kerana rata-rata yang menyertainya adalah dari kalangan pelajar Melayu yang terpilih yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Dengan itu, amat dikesali apabila kenyataan sembrono Tun Daim, tanpa mengemukakan fakta seperti data dan statistik yang empirikal, ini jelas menunjukkan kegopohannya dalam menilai program tersebut dengan tidak bijaksana. Sepatutnya, beliau menunjukkan dengan lengkap data pencapaian orang Melayu dan India dalam bidang sains peringkat STPM dan bandingkan dengan pencapaian bangsa Cina.

Sebagai seorang bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), beliau sepatutnya lebih arif apabila mengeluarkan pendapat atau pandangan seharusnya disertakan dengan fakta, bukan sembrono yang kemudiannya mendatangkan berbagai spekulasi dan andaian yang berbagai terhadap kenyataan beliau itu.

Haji Rashidi Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts