HINDRAF 2.0 DEMAND DAN TUNTUT KERAJAAN PAKATAN DAN SPR

504
SHARES
2.6k
VIEWS

Hindraf 2.0 pada Ahad yang lalu (12 Mei 2019) telah mengadakan Perhimpunan Aman (Rally) demand dan membuat tuntutan kepada Kerajaan Pakatan Harapan dan Suruhanjaya Pilihan Raya mewujudkan 7 kerusi Parlimen Dewan Rakyat, majoriti India.

Agar bangsa India diberi peluang mempunyai lebih wakil di dalam Parlimen (more political representation).

Mereka demand kerusi-kerusi seperti berikut :

PADANG SERAI.

BATU KAWAN.

IPOH BARAT.

KOTA RAJA.

PORT DICKSON.

TERBAU.

CAMERON HIGHLANDS.

ULASAN:

Ambik kau, Kerajaan Pakatan, settle-kan demand Hindraf 2.0 ini.

Pemimpin Utama Hindraf, UTHAYA KUMAR, memberi kenyataan bahawa Kerajaan Pakatan hanya baru 1% peratus menunaikan janji-janji mereka terhadap masyarakat India iaitu;

(i) Memberi status kewarganegaraan kepada 1,841 orang India yang tidak mempunyai sebarang dokumen warganegara (stateless Indian); dan

(ii) Memberi 377 pelajar India tempat belajar di Sekolah Asrama Penuh Kerajaan dan MRSM.

Uthaya Kumar menyatakan lagi, Kerajaan Pakatan Harapan telah gagal menunaikan 7 janji yang besar kepada masyarakat India iaitu;

1. Masih ada 350,000 lagi orang India yang tidak mempunyai Status Kewarganegaraan Negara ini.

Kerajaan PH telah berjanji akan menyelesaikan isu ini dalam masa 100 hari mereka memerintah.

2. Pakatan Harapan berjanji untuk menyelesaikan masalah perumahan pekerja-pekerja estet.

3. Berjanji semua Sekolah-Sekolah Tamil akan mendapat bantuan penuh dari Kerajaan Pakatan.

4. Berjanji membina Sekolah Menengah Tamil bantuan penuh Kerajaan.

5. Berjanji menambah pengambilan pelajar-pelajar India ke Sekolah Menengah Asrama Penuh dan MRSM.

6. Berjanji memulakan skim peneroka untuk orang-orang India, mengikut model Felda dan Felcra.

7. Berjanji untuk mengarahkan GLC Kerajaan, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Tempatan untuk mengambil 10% peratus tenaga kerja daripada masyarakat India.

Semua janji-janji Pakatan Harapan ini MASIH GAGAL ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

TUNTUTAN-TUNTUTAN INI, dikemukakan oleh pemimpin Hindraf 2.0, UTHAYA KUMAR.

PERSOALANNYA, di mana peranan dan perginya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, WAYTHA MOORTHY, yang mewakil kaum India dan Hindraf 1.0 di dalam Kabinet?

Sekiranya, Waytha Moorty tidak lagi mewakili Hindraf 2.0 dan GAGAL MEMBAWA SEBARANG PERUBAHAN, kepada kaum India seperti dijanjikan di dalam Manifesto Kerajaan Pakatan.

WAYTHA MOORTHY, perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri di dalam Kabinet Dr. Mahathir.

Waytha Moorthy juga TELAH GAGAL, menyelesaikan isu insiden di Kuil Seafield. Beliau gagal mencari jalan penyelesaian untuk kedua-dua belah pihak.

KESIMPULANNYA:

Kerajaan Pakatan Harapan adalah satu KERAJAAN YANG GAGAL.

GAGAL MENUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT.

GAGAL MENUNAIKAN JANJI KEPADA MASYARAKAT INDIA.

GAGAL MEMPERTAHANKAN HAK KEPENTINGAN ORANG-ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM.

GAGAL MENDAULATKAN KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA MELAYU.

DAN GAGAL MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA.

KERAJAAN PAKATAN. KERAJAAN SATU PENGGAL.

Salam.

DSBA

14 Mei 2019

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts