ULANG TAHUN PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH, BAHAYA TERSEMBUNYI DI MANA-MANA

514
SHARES
3k
VIEWS

希盟执政一周年危机四伏

Diterjemahkan oleh Megat Hisemudin Megat Kasim

Artikel asal dalam bahasa Mandarin boleh diikuti di: https://www.sinchew.com.my/content/content_2051529.html

Baru ini, 10 Mei 2019, saya terjemahkan satu artikel dari Sin Chew Daily 星洲日报 yang ditulis oleh seorang ahli akademik.

Ikutilah terjemahan saya:

Pada 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan di tahun lepas, saya pernah menulis dalam akhbar mengenai tiga makna penting dalam pentadbiran Pakatan Harapan. Iaitu pembaharuan yang tidak konvensional, pelantikan luar biasa dan penyusunan politik yang tidak biasa.

Masa berlalu, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dalam setahun ini memang membawa suasana yang berlainan. Seperti membanteras penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan lama, meningkatkan kedaulatan undang-undang dalam negara, menggalakkan hasil dan perbelanjaan kerajaan, mengekalkan kebebasan akhbar tempatan dan sebagainya. Ia telah mendapat pengikhtirafan masyarakat dalam dan luar Negara.

Namun demikian, sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan dari hari ke hari semakin luntur. Sebaliknya, Barisan Nasional yang mengetuai barisan pembangkang berterusan memenangi 3 kali Pilihanraya Kecil (PRK). Semakin kukuh berdiri dan menyusun kekuatan. Ia menyebabkan ramai yang gusar dengan perkembangan masa depan kerajaan Pakatan Harapan.

Sesungguhnya, pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dalam setahun ini menyimpan sekurang-kurangnya tiga krisis pentadbiran. Pertama, krisis keyakinan. Kedua, krisis penggantian dan ketiga krisis arah hala tuju.

Pertamanya yang berkenaan dengan krisis keyakinan. Diketepikan dahulu dengan tidak memperkatakan tentang suasana ekonomi dunia yang suram mengelilingi kita, kerajaan Pakatan Harapan sememangnya telah berada dalam keadaan yang amat sukar.

Kerajaan Pakatan Harapan tidak berhati-hati, sebaliknya dalam setahun ini berterusan menonjolkan idea yang remeh-temeh. Tidak ada dasar untuk menilai dengan teliti kebolehlaksanaan dan keberkesanannya. Ia menyebabkan dasar-dasar yang dijalankan tidak memperolehi kejayaan yang akhirya mendatangkan kemarahan dari rakyat.

Selepas saja memerintah lalu memansuhkan cukai GST yang menyebabkan kenaikan harga barang-barang. Membubarkan Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP), JASA dan beberapa jabatan yang menyebabkan ramai yang hilang mata pencarian.

Kementerian Kesihatan memperkenalkan arahan yang paling keras dalam sejarah iaitu dasar larangan merokok. Kementerian Pendidikan mensyaratkan penukaran kasut putih ke hitam dan pemansuhan peperiksaan bagi tahun 1 – 3 untuk sekolah rendah. Mengumumkan hibah 1.25% untuk pencarum Tabung Haji yang dianggap terendah dalam sejarah.

Kementerian Kewangan pertama kali mahu memungut cukai keluar negara dan cukai pembelian & langganan produk digital. Kementerian Perusahaan Utama pula mempromosikan minum minyak sawit ketika harga sawit jatuh merudum.

Menteri Keusahawan mahu melabur dan membangunkan “kereta terbang”. Kabinet pula berdolak-dalik tentang pengumuman pemansuhan hukuman mati. Sekejap nak tanda tangan ICERD dan Statut Rom dan kemudiannya pula menarik diri. Ia bukan saja menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan menerbitkan gelombang bantahan, malah ia sekali lagi menyentuh sensitiviti umat Melayu tentang kesucian kitab Quran.

Dari aspek yang lain, rakyat mengharapkan penghapusan tol lebuhraya, mengurangkan bayaran pinjaman PTPTN. Mengurangkan bebanan perumahan, menambah peluang pekerjaan dan lain-lain lagi bagi mengurangkan kos sara hidup seperti yang dinyatakan dalam manifesto pilihanraya. Namun ia tidak dilaksanakan.

Pemimpin utama kerajaan bukan sahaja tidak memohon maaf, sebaliknya seringkali menyerang kerajaan lama. Ataupun saling bertelingkahan dengan parti pembangkang.

Ditambah pula dengan pegawai-pegawai yang baru memegang jawatan sibuk untuk membahagikan sumber kekayaan dan mendapat laba untuk kepentingan diri. Resahan dan ketidakpuasan hati rakyat setempat agak lambat diambil perhatian.

Imej para pegawai sebelum kejatuhan Barisan Nasional dahulu dipersembahkan di depan mata. Ia bukannya berubah tetapi lebih teruk lagi. Hal-hal yang dinyatakan di atas menyebabkan rakyat menyimpan rasa dendam maka ia mengakibatkan krisis keyakinan terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Keduanya, krisis penggantian. Selepas saja Mahathir memegang kuasa di tahun lepas sudah acap kali menyatakan yang beliau hanya akan memegang jawatan selama dua tahun dan kemudiannya jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada penggantinya, Anwar Ibrahim.

Pada bulan Oktober tahun lepas Anwar Ibrahim memenangi PRK Port Dickson dan menjadi ahli parlimen. Pada bulan November pula menjadi Presiden PKR yang merupakan parti terbesar dalam kabinet.

Kini jarak masa dua tahun itu hanya berbaki setahun saja lagi. Anwar Ibrahim tidakpun dibawa ke dalam kabinet. Malah tidakpun diberi apa-apa kuasa untuk mencampuri dasar-dasar besar negara. Dengan cara yang demikian, ia bukan saja membelakangi norma-norma pemerintahan demokrasi. Jika dilihat dari sejarah dahulu hingga sekarang sama ada di dalam dan luar negara, ia dianggap sangat luar biasa.

Sesungguhnya, apabila melihat seorang yang lanjut usia 93 tahun masih lagi saban hari memikirkan tentang negara dan bergerak tanpa henti, apakah yang terfikir pada kita ?

Kecuali ada keajaiban dalam ilmu perubatan, kita tidak dapat menahan daripada ketuaan dan pengurangan keaktifan organ.

Jika bakal pengganti sehingga kini masih belum ada kepastian, ia bukan saja mempengaruhi pentadbiran dalam negara dan dasar luar malah menimbulkan pelbagai kerisauan dan perbalahan.

Malah selagi Anwar Ibrahim belum memasuki kumpulan pembuat dasar, perpecahan dalaman Pakatan Harapan serta pertentangan masih wujud kebimbangannya. Ia juga tidak akan reda kecuali diadakan rombakan kabinet bagi meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pengganti. Sesungguhnya ia tidak boleh ditangguh lagi.

Akhir sekali, konsep berpolitik bagi keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan yang dianggap mempunyai perbezaan yang besar. Bukan sahaja dasar yang bercanggah malah saling bertentangan antara satu sama lain. Ia menyebahkan rakyat tidak memahami arah hala tuju Pakatan Harapan.

Walaupun kita nampak dalam setahun ini Pakatan Harapan telah membuat banyak perubahan terhadap sistem demokrasi dan ekonomi, namun kita juga nampak terlalu banyak perubahan yang tidak dikenalpasti berakhir dengan pembubarannya.

Dalam ekonomi kita lihat ada yang mengesyorkan diberikan kerja-kerja kejuruteraan kepada kontraktor besar Bumiputra. Diperluaskan pinjaman institusi kewangan dan diberikan bantuan sebagai semangkin perkembangan ekonomi. Tidak memikirkan keberkesanan ekonomi bagi membantu rakan-rakan parti Bumiputra. Menfaatkan sebilangan kecil kumpulan atau kepada kroni.

Dalam politik Mahathir melenturkan penentang dan menonjolkan parti BERSATU serta melebarkan sayap ke Malaysia Timur. Bukan sahaja kemungkinan berlakunya politik wang malah ia melahirkan rasa tidak puas hati oleh penduduk Malaysia Timur. Laksana kembalinya era Mahathirsm.

Pakatan Harapan yang pada asalnya mahu memecahkan amalan lama politik berpuak-puak dengan menonjolkan karisma dan kebolehan seseorang. Namun ia membelakangi corak pembangunan yang adil dan saksama maka berlakulah satu krisis arah hala tuju yang serius.

Tidak ada arah hala tuju mana akan ada harapan?

Sesungguhnya pemerintahan Pakatan Harapan sehingga kini tidak ada satupun slogan yang boleh melekat di hati. Dalam penerangan setiap parti hanya menekankan parti sendiri sahaja tetapi tidak kepada gabungan Pakatan Harapan itu keseluruhannya.

Ditambah dengan pengganti yang belum pasti, setiap parti saling cemburu yang menyebabkan krisis tadbir urus kerajaan Pakatan Harapan semakin parah.

Perlu diingatkan, Barisan Nasional memerintah lebih 40 tahun denngan mempunyai rekod pencapaian cemerlang terhadap pembangunan yang tidak boleh dilupakan. Ramai rakyat , terutamanya orang-orang Melayu yang mempunyai perasaan yang mendalam terhadap UMNO dan Barisan Nasional malah mengingati slogan, simbol dan bayangan masa lalu.

Jika kerajaan Pakatan Harapan tidak memandang krisis keyakinan di hadapan mata ini, dikhuatiri krisis pengganti dan krisis arah hala tuju dengan cepat mengembalikan ingatan rakyat terhadap Barisan Nasional.

Walaupun hanya tinggal tiga buah parti namun utuh perpaduannya. Ia menonjolkan kesatuan yang punyai peluang yang cerah. Jika Pakatan Harapan terlalai akannya, maka akan terjadilah kerajaan yang paling pendek dalam sejarah Malaysia.

Semestinya, jika pandai menggenggam peluang dan menguruskan dengan terbaik maka krisis akan bertukar kepada peluang keemasan. Sejujurnya, dalam keadaan Pakatan Harapan sekarang ia bukan satu tindakan yang tidak baik atau sensasi. Yang perlu ialah mendengar suara rakyat dan melakukan pembangunan hakiki. Barulah dikatakan melawan prasangka dan senjata yang ampuh untuk melawan kebencian.

Diterjemahkan dari artikel di bawah:

去年希望联盟执政100天,我曾在报章撰文提到希盟执政有三大划时代的意义,即非同凡响的改革幅度,非同一般的人事任命,以及非同小可的政治重组。

时光飞逝,执政一年的希望联盟的确也为国家带来了一股新的气象,如取缔前朝的贪腐滥权,提升国内的人权法治,推动政府的开源节流,维护国内的新闻自由等作为、均取得国内外各界的肯定。

然而,人民对希盟政府的支持却每况愈下,反之,以国阵为首的反对党在今年接连取得三场补选的大胜之后,反而有站稳脚根,重整旗鼓之势,令人不得不担忧希盟政府的未来发展。
事实上,希望联盟执政一年来已出现了至少三个重大的执政危机,其一是信心危机,其二是接班危机,其三是方向危机。
首先,在信心危机方面,先不谈在目前全球经济低迷的大环境下,希盟政府本来就处于艰困的局面,希盟政府不谨慎以对,反而一年来不断仓促推出思虑不周延,没有对其可行性和效果作严谨评估的政策,使政策的推行之始未蒙其利,先受其害,引起诸多民怨;从刚上台不久一下把消费税改为销售及服务税造成部份商品又一波的涨幅,裁撤首相署辖下的乡村发展与治安委员会(JKKKP), 大马特别事务局(JASA)等部门造成许多人失去饭碗之外,如卫生部贸然推出史上最严厉的禁烟政策,教育部规定穿黑鞋和决定废除小学一至三年级的考试,朝圣基金局宣布史上最低的1.25%派息,财政部长要首次征收离境税和数码税,原产业部长在棕油价格低迷之际大力推销喝棕油救市,企业发展部长要投资和开发“飞行车”,内阁一下宣布要废除死刑,一下又要签署ICERD和《罗马公约》后又撤回决定等的作为,不但引起人民的不满和嘲讽,也一再触动马来人社会的敏感神经。

另一方面,人民热切期盼的废除大道收费,减免贷学金PTPTN的偿还,增加可负担房屋,提升就业机会等各种减轻生活负担的选前承诺,都未有实质兑现,政府要员非但对此没有任何歉意,还频频放话攻击前朝,或和反对党相对骂,加上一些初上任的官员忙着瓜分资源,享受利益,对地方上的不满民意反应迟缓,国阵垮台前部分官员无能的形象彷佛又回到眼前,而且似乎还变本加厉,以上种种,使民怨逐渐累积,造成了对希望联盟的信心危机。

其次,在接班的危机上,马哈迪去年初掌政权,就一再表示将在上台两年后交班安华接任首相,去年10月安华已经在波德申补选后上任为议员,并在11月正式担任在希盟内阁内最大党的党主席。如今距离两年交班的承诺仅剩一年,安华仍然没有进入内阁,而且也没有被授权参与国家各项重大决策,如此安排,不但违背了民主政治的常理,放眼古今中外,也都匪夷所思。

事实上,看到一个高龄93岁的年迈老人在迟暮之年仍然还要为国家日夜操心,多方奔波,我们于心何忍?除非出现医学奇迹,我们也不可能阻止迟暮老人的机能退化,如果接班的情况一直悬而未决,不但会影响国家的施政,在希盟政府内外,也都将会引发各种忧虑和争端,总之安华一日没有进入决策中枢,希盟内部分裂和冲突的隐忧,也就一直未能平息,因此改组内阁,布署安华接班,眼下已经刻不容缓。

最后,希盟政府四党的政治理念,彼此之间差异甚大,纷扰亦不小,不少政策的出台,不但自相矛盾之馀,也引发自家人的争执,让广大民众无法了解希盟政府的施政方向。虽然我们看到这一年来希盟作出不少民主和经济的改革,但也看到了许多改革因为一些似是而非的理由而撤销。在经济上我们看到主张依赖大型的土著承包工程,大幅借贷和补贴刺激经济,不顾经济效益扶持少数土著朋党,优惠少数利益集团的发展模式的回锅,在政治上马哈迪招降纳叛,突出自己的土团党,还积极让土团党东渡东马,不但引发金钱政治回流的疑虑,还激起了东马人民的反感,彷佛昔日马哈迪主义的班师回朝。

凡此种种,和希盟原先主张要逐步打破顽固守旧的族群政治,朝向任人唯才,公平合理的发展方向背道而驰,形成严重的方向危机。没有方向,何来希望?事实上,希盟执政至今也没有推出一个令人印象深刻的口号和标语,在宣传上希盟各党又多强调本党而非强调联盟,加上接班态势未明,各党相互猜忌,使得希盟的执政方向危机更加严峻。

需知,国阵执政了四十多年,纵有诸多不是,其对马来西亚多年来的建设和发展,有着不可抹煞的正面功劳,许多人民,尤其是马来社会,对国阵和巫统仍然有很深的情意结,对国阵过去的口号、标志和印象仍然记忆犹新,如果往后的希盟政府没有好好处理眼前的信心危机,接班危机和方向危机,很快就会激起人民怀念国阵的情绪,让虽然仅剩下三党,却强调团结,突出整体的国阵有机可乘,希盟稍一不慎,将会成为马来西亚史上最短命的执政联盟。

当然,只要把握时势,擅用机会,处理得宜,危机也会是转机。老话一句,希盟联盟当务之急,绝非鲁莽行事或哗众取宠,而是落实施政的公平正义,重振国内经济,改善生活环境,并取缔极端的言论或行为,只有用心倾听人民的声音和实实在在的建设,才是对抗偏见,化解仇恨最有力的武器。

(Dipetik dari laman Facebook beliau)

Penulis amat mahir dalam bahasa Mandarin dan menerima pendidikan Cina sejak tadika, SJKC, sekolah menengah persendirian Cina dan juga graduan dari universiti di Taiwan dan juga turut mengajar bahasa Mandarin melalui ebook, DVD dan lain-lain di ebookmandarin.com

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts