HAJI HADI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA DR. MAHATHIR

434
SHARES
2.6k
VIEWS

11 Mei 2019

Haji Hadi mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana telah membersihkan UMNO dan PAS daripada pemimpin-pemimpin (UMNO dan PAS) yang bermasalah.

Terima kasih Dr. Mahathir kerana mengambil orang-orang UMNO dan PAS ke dalam Pakatan Harapan termasuklah 15 Ahli-ahli Parlimen UMNO dan pemimpin-pemimpin parti Amanah.

Dr. Mahathir kata, PAS kini bergabung dengan parti UMNO yang dahulu mereka panggil KAFIR.

Hj. Hadi respond dengan menjawab:

Itu dahulu, zaman tahun 1980-an kerana di zaman dahulu ada golongan extremist di dalam PAS.

Kini, elemen extremist di dalam PAS sudah tiada lagi dan ada golongan ini sudah berpindah masuk diambil oleh Pakatan Harapan.

HAJI HADI MENEGASKAN, In sha Allah, PAS dan UMNO akan bersatu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15. Dan In sha Allah, akan beroleh kejayaan.

Petikan ucapan Haji Hadi Awang di Kuala Krau, Pahang, malam semalam (10 Mei 2019).

ULASAN:

Sesungguhnya ucapan Haji Hadi Awang ini menjawab serangan dan tohmahan daripada Dr. Mahathir mengenai 2 perkara penting iaitu:

1. Tohmahan bahawa PAS dahulu pernah memanggil ahli-ahli UMNO, kafir.

2. Samada rally protes jalanan yang dianjurkan oleh PAS dan UMNO, adakah ia bertujuan untuk mempertahankan kepentingan agama Islam atau untuk tujuan politik, menguatkan kedudukan PAS dan UMNO di dalam landskap politik negara ini.

Sesungguhnya jawapan Haji Hadi Awang mengenai isu PAS memanggil ahli-ahli UMNO kafir tepat pada masanya.

Dengan jawapan yang berterus-terang tersebut, Haji Hadi telah menutup isu yang pernah menjadi hangat pada tahun 1980-an dahulu.

Manakala, mengenai isu rally jalanan yang dianjurkan oleh PAS dengan UMNO seperti rally Anti ICERD dan lain-lain, membuktikan bahawa Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan sebenarnya begitu takut kepada gabungan politik antara PAS dengan UMNO ini.

Salam.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts