PENGANALISA POLITIK HARI INI MEMBUAT ANALISA MENGENAI MERUDUMNYA POPULARITI RATING KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

411
SHARES
2.3k
VIEWS

Kuala Lumpur

11 Mei 2019

Hari Lahir UMNO

Penganalisa politik negara yang rata-rata merupakan pensyarah bidang pengajian politik di universiti-universiti awam negara hari ini mengemukakan analisa mereka di TV3 dan media-media arus perdana (interview).

Mereka menyatakan bahawa merundumnya populariti kerajaan Pakatan Harapan adalah kerana:

1. Kerajaan Pakatan yang memerintah negara ini, masih lagi satu kerajaan yang baru. Baru 1 tahun. Mereka masih lagi mempelajari cara-cara terbaik untuk mentadbir negara ini.

2. Ada kegusaran dalam kalangan Menteri-Menteri Pakatan – tidak mahu mempercayai kesetiaan penjawat-penjawat awam yang berada di dalam Kerajaan Persekutuan.

3. Antara punca utama, janji-janji Kerajaan Pakatan yang tidak ditunaikan. Kerana kalau ditunaikan janji-janji dari manifesto tersebut, kerajaan boleh jatuh bankrap.

4. Punca yang lain termasuklah keadaan kos sara hidup yang terus naik dan keadaan ekonomi negara yang semakin malap.

5. Manakala, subsidi dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan semakin kurang.

ULASAN:

Agak menghairankan, apabila kita melihat dan mendengar analisa-analisa yang dikemukakan oleh pakar-pakar sosio politik ini.

Ini adalah kerana;

1. Kerajaan Pakatan adalah kerajaan yang baru tetapi kerajaan ini mempunyai Perdana Menteri yang paling berpengalaman.

Trek rekod: 22 tahun pernah menjadi Perdana Menteri.

Umur 93 tahun: Perdana Menteri tertua in an Elected Government.

Tidak mungkin dengan trek rekod yang begitu cemerlangpun, Perdana Menteri Dr. Mahathir tidak boleh mengemudikan negara ini ke arah pencapaian yang terbaik yang pernah dikecapi oleh negara.

Agak menghairankan, tidak mungkin Perdana Menteri yang mempunyai 22 tahun pengalaman, tidak dapat engage bijak pandai untuk mengemudi kerajaan ini dengan lebih baik.

2. Ketidakpercayaan Menteri-Menteri Pakatan Harapan terhadap penjawat awam juga agak menghairankan.

Ini adalah kerana Dr. Mahathir telah melantik Ketua Setiausaha Negara (KSN) pilihan Perdana Menteri.

Setelah rombakan besar-besaran, boleh dikatakan kesemua KSU-KSU adalah pilihan Dr. Mahathir dan Menteri-Menteri Pakatan.

Kemungkinan, pada awalnya, pembuangan kerja penjawat-penjawat awam dan ugutan-ugutan yang dilemparkan kepada mereka, menyebabkan penjawat awam kurang mahu berkerjasama dengan Menteri-Menteri Pakatan.

3. Penganalisa politik ini juga mengakui bahawa kalau janji-janji manifesto ditunaikan, Kerajaan Pakatan boleh jadi bankrap.

Nah, sudah terang lagi bersuluh.

Bermakna:

KEMENANGAN KERAJAAN PAKATAN INI, BERTERASKAN KEPADA PEMBOHONGAN KEPADA RAKYAT.

Bukannya kerana keadaan yang teruk, yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu (BN).

4. Kos sara hidup yang semakin tinggi masih menjadi masalah kepada Kerajaan Pakatan. Sedangkan Pakatan telah berjanji akan menyelesaikan masalah kos sara hidup sekiranya mereka menang. Dan kononnya, kos sara hidup tinggi di zaman BN adalah kerana cukai GST.

KESIMPULANNYA:

Apa sebenarnya yang berlaku di negara ini, di sepanjang 12 bulan yang lalu ialah rakyat Malaysia sudah pandai menilai antara Kerajaan Pakatan dan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu.

Seperti ungkapan di dalam bahasa Inggeris, ada kebenarannya:

YOU CAN LIE TO SOME OF THE PEOPLE, SOME OF THE TIME.

YOU CAN LIE TO A LOT OF PEOPLE, SOME OF THE TIME.

BUT, YOU CANNOT LIE, TO ALL THE PEOPLE, ALL THE TIME.

DALAM BAHASA MALAYSIA:

Kamu boleh berbohong kepada beberapa orang, dalam masa tertentu.

Kamu boleh berbohong kepada ramai orang, dalam masa tertentu.

TETAPI, KAMU TIDAK BOLEH BERBOHONG KEPADA SEMUA ORANG – DI SEPANJANG MASA (ALL THE TIME).

#KERAJAAN PAKATAN. KERAJAAN SATU PENGGAL.

Salam.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts