ISLAM DIBULI DI BAWAH PH?

3.3k
SHARES
5k
VIEWS

1. Tahniah kepada Presiden ISMA Hj. Aminuddin kerana berjaya membawa isu Islam dibuli ini dengan tenang dan baik.

Beberapa fakta yang diketengahkan oleh Hj. Amin berkenaan Islam dibuli telah gagal dinafikan oleh Wan Ji. Ini termasuklah isu ICERD, LGBT dan pengajaran Islam di sekolah dianggap sebagai melahirkan ekstremisme.

2. Pada hakikatnya, isu Islam dibuli ini dibangkitkan oleh Mufti Perlis sendiri apabila melihat beberapa insiden yang berlaku menunjukkan Islam dan kaum Muslimin kelihatan ditekan. Pertembungan di antara pihak penyokong kuil dan bomba yang mengakibatkan kematian saudara Muhammad Adib yang sehingga kini masih belum selesai, isu Rasulullah dihina malah isu tekanan terhadap Dr Zakir Naik telah menjadi kebimbangan umat Islam.

Lihat: https://www.sinarharian.com.my/article/25885/BERITA/Nasional/Realiti-politik-membiarkan-umat-Islam-dibuli-Mufti-Perlis

3. Isu ini semakin panas apabila The Malaysian Insight melaporkan bahawa;

“Mufti Perlis menyalahkan DAP atas kenyataan yang didakwa menimbulkan kebencian antara kaum dan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal menjaga kesucian agama Islam.”

4. Kenyataan oleh Mufti Perlis ini ada asasnya. Beberapa kenyataan dan pendirian pemimpin DAP dilihat menjadi sebab kepada kebimbangan orang Melayu terhadap kedudukan Islam di Malaysia. Antaranya:

5. Ketika Rasulullah dihina dan penghina tersebut menerima hukuman, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan hukuman terhadap lelaki yang menghina Rasulullah tersebut. Kata Kit Siang, hukuman tersebut keterlaluan. Isu penghinaan terhadap Rasulullah adalah perkara yang sangat sensitif buat umat Islam.

Lihat: https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/10/tidak-patut-penjara-10-tahun-hina-nabi-kata-kit-siang/1731090

6. YB Nga Kor Ming pula menyifatkan kerjasama kesatuan umat Islam sebagai tindakan menuju ke arah kerajaan Taliban. Kenyataan beliau dalam Twitter berhubung isu ini dilihat mengguris hati apabila turut menyifatkan dasar penutupan wayang di Kelantan yang dimulakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai langkah mundur malah menyifatkan sebagai Taliban.

Lihat:

https://www.malaysia-today.net/2019/03/09/pas-bekerjasama-dengan-umno-adalah-taliban-kata-nga-kor-ming/

7. YB Batu Kawan dalam satu coretan di dalam Facebook memerli Kelantan dengan menyatakan seolah-olah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan. Malah YB yang sama dalam satu ucapan di Parlimen seakan mempertahankan hak menukar agama yang dilihat oleh Muslim seakan hak kebebasan untuk murtad. Isu murtad adalah isu sensitif buat umat Islam.

Lihat: https://www.ismaweb.net/2018/10/19/ahli-parlimen-batu-kawan-nafi-sokong-orang-islam-murtad/
Lihat: http://www.utusan.com.my/berita/politik/apa-motif-kasthuri-patto-1.798559

8. Tindakan YB Hannah Yeoh yang memberikan sumbangan kepada Sisters in Islam dilihat menjadi isu sensitif di kalangan Muslim. Ini kerana, Sisters in Islam telah diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tindakan Hannah itu dilihat seakan memberikan sokong terhadap kumpulan yang telah diisytiharkan sebagai mengamalkan pemikiran liberal yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS.

Lihat: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/10/hannah-yeoh-pertahan-sumbangan-kepada-sisters-in-islam/

9. Malah, bagi kes-kes terdahulu, telah banyak disenaraikan beberapa pendirian DAP yang dilhat bercanggah dengan Islam. Tindakan mereka ini memberikan kebimbangan terhadap umat Islam berhubung isu-isu sensitif yang melibatkan kedudukan Islam.

Lihat:

https://www.malaysia-today.net/2019/01/24/pemuda-pas-senarai-15-hujah-dap-anti-islam/

10. Dalam rancangan analisis malam tadi juga, ada satu moment yang menarik perhatian saya. Apabila Wan Ji dipanggil sebagai ‘Ulama DAP’, meloncat terus dia. Sedangkan selama ini dia sangat yakin dengan demokrasi yang dikatakan boleh menjalankan Islam. Apabila dikaitkan dengan parti demokrasi (Democratic Action Party), melompat Wan Ji menafikan. Rupa-rupanya dia sendiri malu dikaitkan dengan DAP yang banyak menggugat Islam.

11. Malah apabila ditanya pengacara tentang mengapa isu-isu sensitif ini semakin menjadi-jadi mutakhir ini? Wan Ji turut mengakui bahawa salah satu puncanya adalah kerana kelemahan kerajaan yang baru itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, Wan Ji sendiri mengakui kelemahan kerajaan menjadikan Islam itu kelihatan dibuli.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts