REALITI POLITIK MALAYSIA – 4 TAHUN MENDATANG

375
SHARES
2.2k
VIEWS

10 Mei 2019

Shah Alam

Semalam genaplah setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara Malaysia. Pelbagai artikel ditulis mengenai pencapaian dan kegagalan kerajaan PH tersebut.

Survey rakyat yang dilakukan, apabila ditanya terdapat 5 perkara yang menjadi isu asas yang paling penting kepada rakyat iaitu:

1. Yang pertama, 19.2% rakyat mahukan kepentingan dan hak orang-orang Melayu dipelihara dan dipertahankan. Serta kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kepentingan agama Islam dipertahankan.

2. Yang kedua, 18.3% rakyat mahukan barang-barang keperluan asas dan kos sara hidup diturunkan.

3. Yang ketiga, 15.6% rakyat mahukan ekonomi negara dipulihkan dan pelabur asing masuk semula.

4. Yang keempat, 10.5% rakyat mahukan tangga gaji minimum dinaikkan.

5. Yang kelima, 15% rakyat mahukan keharmonian bangsa dan agama dipelihara.

Apa yang jelas di dalam survey rakyat ini, kebanyakan orang-orang Melayu mahukan hak keistimewaan orang-orang Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu serta kepentingan agama Islam terus dipertahankan dan dimuliakan.

Kos sara hidup juga terus menjadi isu utama kepada rakyat.

Ini adalah 2 isu yang paling jelas dimana Kerajaan Pakatan Harapan GAGAL, memuaskan kehendak rakyat.

SURVEY RAKYAT YANG KEDUA MENGENAI PRESTASI:

Apabila ditanya kepada rakyat mengenai prestasi keseluruhan kerajaan Pakatan Harapan, rakyat memberi reaksi seperti berikut:

1. Seramai 52.7% peratus, rakyat berbangsa Cina merasa puas hati dengan pencapaian kerja kerajaan Pakatan.

2. Seramai 56.9% peratus, rakyat bangsa India berpuas hati.

3. Manakala seramai hanya 25.6% rakyat bangsa Melayu yang berpuas hati.

4. Seramai 59.9% peratus rakyat bangsa Melayu tidak berpuas hati dengan pencapaian prestasi kerajaan PH. Manakala, 14.5% peratus, menjawab tidak tahu.

SURVEY YANG KETIGA MENGENAI PENILAIAN KEPUASAN HATI RAKYAT (APPROVAL DAN POPULARITY RATING):

Apabila ditanya kepada rakyat mengenai Penilaian Kepuasan Hati Rakyat atau APPROVAL DAN POPULARITY RATING, keputusannya adalah seperti berikut:

1. Pada bulan Ogos 2018, Approval dan Popularity Rating kerajaan Pakatan Harapan berada pada kadar 79% peratus.

Rating ini jatuh kepada 39% peratus sahaja pada bulan Mac 2019.

2. Manakala, Approval dan Popularity Rating Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, pada bulan Ogos 2018 berada pada kadar 71% peratus.

Kini, pada bulan Mac 2019, Approval dan Popularity Rating Dr. Mahathir telah jatuh kepada hanya 46% peratus sahaja.

KEDUDUKAN TERKINI KERUSI PARLIMEN (DEWAN RAKYAT) PARTI-PARTI POLITIK DI NEGARA INI:

Kedudukan terkini di Parlimen pada 9 Mei 2019, adalah seperti berikut:

1. PKR – 50 kerusi.
2. DAP – 41 kerusi.
3. BERSATU – 26 kerusi.
4. AMANAH – 11 kerusi.
5. WARISAN – 9 kerusi.
JUMLAH – 137 kerusi.

Untuk mendapat Majoriti 2/3: 148 kerusi.

Jumlah kerusi lain-lain parti pada 9 Mei 2019, adalah seperti berikut :

1. UMNO – 37 kerusi.
2. PAS – 18 kerusi.
3. PBB – 13 kerusi.
4. PRS – 2 kerusi.
5. MCA – 1 kerusi.
6. PDP – 2 kerusi.
7. MIC – 1 kerusi.
8. PBS – 1 kerusi.
9. UPKO – 3 kerusi.
10. SUPP – 1 kerusi.
11. PBRS – 1 kerusi.
12. STAR – 1 kerusi.
13. PBS – 1 kerusi.
14. BN Direct – 1 kerusi.
15. BEBAS – 3 kerusi.
16. Kosong – 1 kerusi (Sandakan).

KESIMPULANNYA

Survey Rakyat dan data-data ini amat penting untuk dijadikan panduan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan BN untuk terus mengorak langkah menawan hati rakyat jelata menjelang PRU ke-15 nanti.

Apa yang pasti, kerajaan Pakatan Harapan menghadapi perbagai masalah krisis kepimpinan dan krisis dalaman.

Sekiranya ada sebarang keretakan di dalam gabungan parti-parti pemerintah ini, kemungkinan PRU ke-15 diadakan lebih awal, bukanlah suatu perkara yang mustahil.

Realiti politik Malaysia yang sebenarnya, Kerajaan Pakatan Harapan kini mempunyai 137 kerusi di Dewan Rakyat (setelah dicampur dengan 9 kerusi Warisan) dan mereka mempunyai tempoh masa 4 tahun lagi bersamaan dengan 1,460 hari, memerintah negara Malaysia ini.

Salam.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts