BILA PM GUNA PERKATAAN BODOH

1.9k
SHARES
7.3k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

7 Mei 2019

Hari ini giliran saya pula mengulas dakwaan Mahathir bahawa TMJ adalah budak kecil yang bodoh.

Tidak pula Tun mengata calon PH di PRK Semenyih, Muhammad Aiman Zainal sebagai budak bodoh kerana berjanji “Hari ini saya menang, besok semua masalah selesai”.

Ramai Menteri-menteri PH bawa idea “bungol” seperti tanam buloh ganti sawit dan sebagainya. Bahkan ada YB dari PH cadang tanam pokok ganja. Tapi Tun M tidak menukar mereka walaupun rakyat anggap itu idea bodoh.

Sebaliknya Tun M sangat sakit hati apabila dikritik oleh TMJ. Nampak dia melalut sehingga terkeluar perkataan “bodoh”. Adakah Tun M tahu fakta sebenar kritikan TMJ?

Takkan mengkritik Statut Rom dianggap bodoh. Takkan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dianggap bodoh. Takkan memaklumkan sumbangan Sultan Johor kepada rakyat dianggap bodoh.

Sebenarnya Tun M marah apabila TMJ mencadangkan daripada tukar jurulatih JDT lebih baik “tukar PM”. Kenapa mesti marah sedangkan Tun M sendiri pernah menulis surat kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 17 Jun 1969 supaya dia meletak jawatan.

Bahkan Tun M telah mengadap Yang DiPertuan Agong pada 15 September 2016 untuk menyerahkan deklarasi rakyat mendesak Najib letak jawatan.

Apakah rakyat yang mengkritik Tun M juga dianggap budak kecil yang bodoh? Nampaknya Tun M terlalu personal dengan TMJ.

Ini kerana TMJ juga ada followers tersendiri. Dia adalah pemilik Kelab JDT. Dia Anak Raja yang berani. Kalau dia tidak melatah dengan perkataan seperti “bodoh” kenapa Perdana Menteri kali kedua dan paling lama jadi sedemikian?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts