SETAHUN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN: MAMPUKAH MAHATHIR TERUS BERTAHAN SEBAGAI PERDANA MENTERI – BAHAGIAN 1

744
SHARES
2.8k
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

1. Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir menghampiri usia setahun menjelang 10 Mei 2018 (pilihan raya diadakan pada 9 Mei 2018). Menghadapi masalah seawal hari pertama selepas menang PRU ke-14, Tun Mahathir hanya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 10 Mei 2018 jam 9.56 malam. 3 orang menteri kanan diumum pada 12 Mei 2018 manakala 10 orang lagi diumum pada 18 Mei 2018. Barisan kabinet penuh pula hanya diumum pada 2 Julai 2018.

2. Tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia pengumuman barisan menteri dan timbalan menteri dilakukan dua kali dengan skala yang besar. Difahamkan berlaku ketidakpuasan hati pemimpin PKR semasa pembentukan kabinet fasa 1 yang menyebabkan Tun Mahathir pergi berjumpa Anwar Ibrahim di hospital Kuala Lumpur (Anwar belum dibebaskan ketika itu). PKR dikatakan menuntut jawatan Menteri Kewangan. Mahathir pula ‘terpaksa’ melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

3. PKR adalah pemenang kerusi terbanyak dalam PH dengan 49 kerusi semasa PRU-14. Logo mereka juga digunakan PH ketika itu.  Namun PKR hanya diberi kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi. Berbanding PPBM (12 kerusi), parti ini mendapat jawatan Perdana Menteri dan menteri kanan di KDN. AMANAH juga mendapat jawatan menteri kanan di MINDEF walaupun hanya menang 10 kerusi Parlimen. DAP yang menang 42 kerusi parlimen telah mendapat jawatan di Kementerian Kewangan dan kementerian strategik iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

4. Ketidakpuasan hati PKR berterusan apabila pengumuman kabinet penuh yang menyaksikan pembahagian kerusi kabinet yang seimbang antara parti tanpa mengambil kira bilangan kerusi yang dimenangi sesebuah parti dalam PH. PKR menang 49 kerusi parlimen namun hanya mendapat 7 jawatan menteri termasuk TPM. PPBM hanya menang 12 kerusi tetapi mendapat 6 jawatan menteri termasuk jawatan PM. AMANAH pula mendapat 4 jawatan menteri walaupun hanya menang 10 kerusi. DAP pula mendapat 6 menteri dengan kemenangan 42 kerusi Parlimen.

5. Setelah selesai pembentukan kabinet, bermulalah era ‘mungkir janji’ kerajaan Pakatan Harapan. Rakyat mula menuntut janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan. Ekonomi jatuh merudum. Harga komoditi juga menjunam. Harga barangan keperluan juga tidak turun seperti yang dijanjikan. Sebaliknya harga barangan terus menaik. Harga petrol juga tidak turun malahan harganya terpaksa diapungkan secara mingguan seperti zaman BN. Rakyat tertipu dengan janji penghapusan GST dan hanya menikmati 3 bulan fasa ‘bebas cukai’ sebelum kerajaan PH memperkenalkan cukai SST yang merangkumi 10% cukai jualan dan 6% cukai perkhidmatan. Jumlah kesemuanya adalah 16% berbanding GST 6% sahaja.

6. Walaupun ketidaksefahaman PKR dan Mahathir nampak selesai di atas permukaan, ianya bergelora di bawah. Bermula Ogos dan September, PKR menggunakan pemilihan dan Kongres Nasional mereka untuk menyerang Mahathir. Rafizi yang bertanding  jawatan Timbalan Presiden dijadikan taruhan mengetuai pasukan bagi menghentam Mahathir. Ahli Parlimen Kapar (Abdullah Sani) dan Setiawangsa (Nik Nazmi Ahmad) antara yang awal mendedahkan konon Mahathir dan Daim ada agenda mahu ‘mengenakan’ Anwar sekali lagi. Mereka menjelajah ke seluruh negara memburukkan Mahathir.

7. Rupa-rupanya ini adalah strategi Anwar mewujudkan situasi ‘tidak selamat’ bagi PKR. ‘Mind-setting‘ yang cuba diterapkan kepada ahli PKR adalah Anwar perlu menjadi Ahli Parlimen bagi menjamin Mahathir mengotakan janjinya. Bagi Anwar pula, tindakan ini perlu sebagai persediaan sekiranya benar Mahathir mahu mungkir janji tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri, beliau boleh bertindak balas di Parlimen. Ini juga langkah untuk meletakkan Anwar di landasan yang tepat dan segera ke arah jawatan Perdana Menteri.  

Bersambung ke bahagian 2…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts