" />

ISU KUOTA TABUNG HAJI: MUJAHID TUDUH ASYRAF WAJDI FITNAH

19
SHARES
215
VIEWS

Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa menyelar kenyataan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam mengenai kuota Tabung Haji, yang disifatkannya sebagai fitnah jahat.

Kenyataan Asyraf yang disiarkan oleh Utusan adalah seperti berikut;

Umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan PH) dengan Arab Saudi.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), Arab Saudi tidak pernah gagal memberikan keistimewaan itu kepada Malaysia.

Malah kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 2013, Arab Saudi bermurah hati memberikan kuota tambahan setengah kali ganda lagi iaitu sebanyak 15,000 orang.

Jumlah ini tidak termasuk kuota menteri-menteri yang mempunyai hubungan amat baik dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Ini keistimewaan yang diberikan hanya kepada Malaysia secara senyap-senyap. Hari ini saya hendak beritahu satu rahsia, bahawa kuota tambahan itu kini sudah dibatalkan.”

“Hanya kuota 30,200 orang sahaja diberikan.”

Namun kenyataan Mujahid di Facebook beliau yang menyelar Asyraf dan Utusan sebagai “fitnah berniat jahat bagi menakutkan umat Islam” sebenarnya secara tidak langsung telah mengakui kebenaran kenyataan Asyraf kerana Mujahid sendiri mengakui masih belum mendapat pengesahan mengenai kuota tambahan tersebut yang tertakluk sepenuhnya kepada kerajaan Arab Saudi.

Malah Asyraf tidak menyentuh langsung mengenai kekurangan atau kehilangan kuota Haji yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) iaitu sebanyak 0.1 peratus mengikut jumlah penduduk bagi setiap negara.

Ketika ini kuota Haji Malaysia adalah sebanyak 30,200 dan sejak beberapa tahun yang lepas, Malaysia menerima keistimewaan menerima tambahan 10,000 kuota haji menjadikannya sebanyak 40,200.

Justeru kenyataan Asyraf bukanlah bersifat fitnah cuma berlandaskan fakta bahawa Malaysia masih belum mendapat kuota tambahan tersebut, yang disifatkannya sebagai kesan daripada hubungan bilateral kedua-dua negara kelihatan kurang baik sejak Pakatan Harapan memerintah, di mana sebelum ini Arab Saudi tidak pernah gagal memberikan keistimewaan tersebut kepada negara.

Netizen turut mempertikai penggunaan perkataan ‘fitnah’ yang digunakan oleh Mujahid di ruangan komen Facebook beliau serta menempelaknya sebagai tidak tahu matematik kerana kenyataan Asyraf tersebut dibuat jelas berlandaskan “kuota tambahan” dan bukannya “kuota yang ditetapkan oleh OIC bagi setiap negara”.

Dengan tidak mendapat kuota tambahan, bukankah apa yang Asyraf terangkan mengenai ‘kehilangan’ 10,000 tersebut berasaskan kebenaran?

Jadi di manakah “fitnah jahat” yang dilontarkan oleh Asyraf Wajdi itu wahai Mujahid?

Selaku Menteri Agama, beliau sepatutnya menjadi contoh bagi menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain dan bukannya sembarangan membuat tuduhan terhadap kritikan yang tidak disukainya sebagai fitnah.

Related Posts

Discussion about this post

Send this to a friend