BENARKAH MENTERI PERTAHANAN MENGANUT AJARAN YANG DIFATWAKAN SESAT OLEH JAKIM?

439
SHARES
2.6k
VIEWS

MUAFAKAT menuntut Menteri Pertahanan supaya membuat kenyataan secara terbuka melalui akhbar utama bagi menjelaskan kepada seluruh umat Islam terhadap tohmahan yang sedang tular dalam media maya yang mengatakan beliau menganut ajaran SYIAH.

Mengimbas kembali berita Astro Awani bertarikh, 12 Dis 2013 yang lalu bertajuk: “KDN Dedah 10 Bukti Kaitkan Mat Sabu Dengan Syiah”, ternyata perkara ini telah lama diketahui sejak di zaman BN lagi apabila KSU Kementerian Dalam Negeri, pada masa itu Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan bahawa “orang nombor dua PAS”, Mohamad Sabu, menganut fahaman Syiah.

Dan membuat kenyataan pada Sidang Media pada waktu itu dengan berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk yang dikatakan keterangan daripada Mat Sabu sendiri.

Antaranya Datuk Abdul Rahim mendakwa Mat Sabu pernah menggesa supaya umat Islam Malaysia mencontohi kepimpinan berdasarkan cara Imam Ayatullah Khomeni melalui tulisannya bertajuk “Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang terbit akhbar Harakah bertarikh 5 hingga 15 Julai 2008.

Selain itu Mat Sabu juga dikatakan sangat mengkagumi kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran lewat 1979, Imam Ayatullah Khomeini yang mana tokoh ini banyak mencorak pemikiran Mat Sabu dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.

Selain itu beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agong Syiah Lubnan; Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

Berdasarkan rekod rakaman yang ada di Youtube, Mohamad Sabu juga didapati menyokong tindakan Bashar Al-Assad yang telah membunuh ribuan umat Islam Sunni di Syria. Anehnya sehingga ke hari ini beliau tidak mahu menjawab apakah beliau seorang penganut ajaran Syiah sekalipun terpampang bukti dalam laman Syiah sendiri yang menunjukkan keadaan beliau solat dengan batu Karbala di hadapannya, atau mungkinkah beliau bertaqiyyah apabila ditanya kedudukan akidah beliau.

Apa sekalipun Mat Sabu harus menjelaskan tohmahan ini dengan segera, tambah lagi apabila kekurangan kuota haji tahun ini sebanyak 10,000 orang oleh kerajaan Arab Saudi dikaitkan dengan tindakan penarikan tentera Malaysia dari sempadan Saudi – Yemen oleh beliau.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts