HIMPUNAN 405 BERJALAN LANCAR

400
SHARES
2.4k
VIEWS

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang juga dikenali sebagai Himpunan 405 yang diadakan semalam dengan anjuran Ummah, turut diselia oleh UMNO dan Pas dengan tujuan utama bagi membantah penghinaan dan ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara ini.

Kebelakangan ini kita boleh melihat beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri yang cuba meratifikasi Statut Rom yang secara langsung akan menggugat kedudukan Islam dan Perlembagaan termasuk kedudukan Yang DiPertuan Aging.

Walaupun Perdana Menteri telah isytihar untuk menarik kembali daripada perjanjian yang telah ditandatangani secara senyap-senyap sebelum ini namun tindakan dan pandangan beberapa individu termasuk Peguam Negara sendiri membuktikan sebaliknya.

Selain itu, kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib, isu pendidikan dan juga desakan pemecatan Peguam Negara, Tommy Thomas turut diberi perhatian melalui himpunan aman yang diadakan semalam.

Selain Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, turut kelihatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan peguam bela yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim, Mohd. Kamaruzaman A. Wahab.

Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.

Terdahulu, peserta himpunan berkumpul di Masjid Jamek sebelum berarak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo.

Pihak Jabatan Amal Malaysia (JAM) seperti biasa menjadi tonggak utama menjaga keselamatan, laluan peserta dan juga memastikan kelancaran program sehingga tamat.

Memetik Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah, beliau berkata sebanyak 600 anggota polis ditugaskan untuk mengawal himpunan semalam.

Menurutnya, himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu berlangsung dalam keadaan tenang dan aman tanpa sebarang perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Perhimpunan yang dijadualkan bermula pada jam 2 petang dan dijangka tamat pada pukul 6 petang, terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan lebat yang mengganggu sedikit kelancaran program.

Tahniah diucapkan buat penganjur, peserta dan semua yang terlibat termasuk anggota JAM yang hadir paling awal dan menjadi mereka yang terakhir untuk berangkat pulang, semata-mata berkhidmat demi penyatuan ummah tanpa mengira bangsa dan parti, yang sangat dituntut oleh agama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts