PERMOHONAN ZAHID HAMIDI UNTUK MENGERJAKAN UMRAH DI BULAN RAMADHAN DITOLAK OLEH MAHKAMAH

382
SHARES
2.2k
VIEWS

Kuala Lumpur

4 Mei 2019

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan  47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan rasuah, supaya pasportnya yang berada dalam simpanan mahkamah, dikembalikan untuk beliau mengerjakan umrah.

Selepas mendengar penghujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata sungguhpun mengerjakan umrah sangat digalakkan semasa Ramadan namun ia bukanlah wajib.

“Dalam pemahaman saya, tiada keperluan mendesak dan tiada kewajipan bagi pemohon (Zahid Hamidi) untuk mengerjakan umrah.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Zahid Hamidi, berhujah bahawa anak guamnya perlu pergi ke Arab Saudi antara 9 Mei dan 3 Jun ini untuk mengerjakan umrah.

“Zahid Hamidi akan kembalikan pasport beliau kepada mahkamah pada hari berikutnya selepas beliau pulang ke negara ini,” katanya.

Seorang lagi peguam, Zainal berkata anak guamnya (Zahid) tidak pernah gagal beribadat mengerjakan umrah sejak 30 tahun lepas terutamanya dalam bulan Ramadan.

Sesungguhnya ia bukannya wajib tetapi merupakan satu tuntutan Agama Islam untuk mengerjakan sebaik-baik ibadat terutamanya di dalam bulan Ramadhan.

Hakim Sequerah bertanya;

“Jadi, adakah kamu mengatakan ia wajib?”

Zahid Hamidi menjawab;

“Tidak. Tetapi sangat dituntut dalam Agama Islam.”

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi membantah permohonan itu dengan mengatakan bukanlah keperluan mendesak bagi pemohon untuk mengerjakan umrah memandangkan pertuduhan yang dihadapinya sangat serius.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 18, 20, 21, 22 November dan 2, 3, 4, 5, 6, 9, 10, 11, 12,13 Disember 2019 untuk perbicaraan kes Zahid Hamidi.

ULASAN:

Sesungguhnya Hakim dan Pendakwa Raya tidak sepatutnya menghalang Zahid Hamidi daripada mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ini.

Bon wang tunai juga telah dibayar dengan 2 orang penjamin.

Walaupun bukan wajib tetapi ini adalah merupakan tuntutan agama yang terbaik. Iaitu mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadat di bulan Ramadan.

Sesungguhnya menghalang Zahid Hamid menunaikan umrah adalah satu penganiayaan kepada beliau.

Walaupun tuduhannya berat, perlu diingat, Zahid Hamidi belum lagi didapati bersalah.

INNOCENT UNTIL PROVEN QUILTY.

Kasihan DS Zahid Hamidi.

Semoga Allah SWT melindungi beliau dan keluarganya sentiasa.

KERAJAAN PH KERAJAAN SATU PENGGAL.

Oleh DDMS

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts