DR. MAHATHIR MEMBANTU MEMULIHKAN IMEJ NAJIB

427
SHARES
2.5k
VIEWS

Selepas menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan, Dr. Mahathir seakan-akan tidak dapat melupakan sahabat karib beliau Najib Tun Razak. Dr. Mahathir tentunya tidak boleh melupakan jasa-jasa Tun Razak dan Najib sehingga Dr. Mahathir muncul sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling hebat. Di saat getir pertembungan Presiden UMNO pada tahun 1988, Najib adalah faktor kemenangan Dr. Mahathir ketika itu.

Mungkin kerana itulah budi dan jasa Najib tidak dapat dilupakan oleh Dr. Mahathir. Walaupun Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN yang dipimpin Najib ketika itu, Dr. Mahathir tetap memberikan layanan istimewa kepada Najib. Beberapa hari selepas kalah dalam PRU, Najib telah dihalang keluar negara untuk bercuti dan menenangkan fikiran. Dr. Mahathir telah mengaku memberi arahan tidak membenarkan Najib keluar negara.

Dr. Mahathir begitu prihatin dengan kesihatan dan keselamatan Najib. Maka itu dilarangnya Najib dari meninggalkan tanahair tercinta. Sesungguhnya percutian dalam negara itu lebih bermakna. Najib disaran mengunjungi Langkawi (kawasan Parlimen Dr. Mahathir) bagi menenangkan diri beliau dan keluarga. Langkawi tentunya tempat yang baik buat Najib untuk berehat. Kita dapat lihat betapa Langkawi mendapat tempat istimewa di hati Najib kerana Najib telah mengunjungi kawasan Parlimen Dr. Mahathir itu beberapa kali. Begitu akrab sekali Dr. Mahathir dan Najib.

Perbicaraan kes 1MDB juga mendapat perhatian khas Dr. Mahathir. Media pro kerajaan Pakatan Harapan dilihat memberi perhatian penuh terhadap kes ini. Publisiti yang diberikan cukup hebat. Inilah hadiah istimewa dari seorang sahabat. Kerajaan Pakatan Harapan dilihat sengaja menghantar pasukan pendakwaan paling lemah dalam sejarah perbicaraan negara.

Dr. Mahathir sengaja memberi peluang kepada Najib dan pasukan pembelanya membuktikan wang RM2.6 bilion adalah wang derma. Ianya diakui oleh salah seorang saksi perbicaraan tersebut. Dr. Mahathir tahu Najib adalah seorang yang pemurah serta baik hati. Maka itu Najib diberi peluang membuktikan wang-wang yang perolehi itu dibelanjakan ke jalan kebaikan. Dicatat di mahkamah, wang tersebut diguna untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Saksi-saksi yang ditampilkan telah menjawab soalan dari pendakwa dan pembela dengan baik sekali. Pasukan pendakwa yang lemah juga mungkin dengan sengaja telah memohon penangguhan perbicaraan kerana buntu dengan bukti-bukti yang dikemukakan pasukan pembela. Begitu sekali prihatinnya Dr. Mahathir terhadap Najib.

Dr. Mahathir juga berkorban terhadap Najib apabila sengaja mengulang-ulang perkataan negatif terhadap Najib. Dr. Mahathir tahu itu boleh menjatuhkan kredibiliti beliau. Namun atas dasar persahabatan, Dr. Mahathir sanggup menghadapinya. Mulia sungguh pengorbanan Dr. Mahathir terhadap Najib.

Oleh itu, jangan kita sangsi dengan Dr. Mahathir. Dalam hidup Dr. Mahathir, Najib adalah segalanya. Kerana itulah nama Najib tidak pernah lekang dari mulut Dr. Mahathir. Mungkin juga kerana lama tidak bertemu Najib menyebabkan Dr. Mahathir kelihatan seperti angau apabila menyebut nama Najib setiap masa.

Ohh.. lupa nak dimaklumkan. Sambutan hangat dan kehadiran ribuan orang di program-program “Bossku” juga atas bantuan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir juga telah banyak kali menyebut perkataan “bossku” dan menyebabkan “bossku” menjadi fenomena ketika ini…

Begitu sekali keakraban dan pengorbanan Dr. Mahathir tehadap Najib Tun Razak….

Hidup Dr. Mahathir!!!!!

Fattah Aman
Gombak

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts