MAHATHIR TIDAK TAHU PERLEMBAGAAN NEGERI JOHOR

1.7k
SHARES
3.2k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Assalamu’alaikum YAB Tun Dr Mahathir yang disayangi.

Saya ingin memberikan sedikit taklimat kepada YAB Tun berkaitan dengan proses lantikan Exco Kerajaan Johor menurut Perlembagaan Negeri Johor.

Mungkin Tommy Thomas terlalu sibuk mengendalikan kes Najib di mahkamah sekarang dan beliau tiada masa untuk memberikan taklimat ini kepada YAB Tun.

Menurut Perkara 2 Bahagian II Perlembagaan Negeri Johor 1895, kuasa Eksekutif Kerajaan Negeri adalah kuasa DYMM Sultan Johor tetapi fungsi eksekutif Kerajaan Johor hendaklah diberikan DYMM Sultan Johor kepada orang atau autoriti lain.

Untuk makluman YAB Tun, peruntukan yang hampir sama seperti di atas turut terkandung dalam Perlembagaan semua Negeri Beraja yang lain tidak hanya Johor.

Selanjutnya, menurut Perkara 4 (2)(b) Bahagian II Perlembagaan Negeri Johor 1895, DYMM Sultan Johor hendaklah melantik tidak lebih daripada 8 orang Exco Kerajan Negeri SELEPAS BAGINDA MENDENGAR NASIHAT MENTERI BESAR JOHOR.

Di sini YAB Tun, tiada langsung peranan PERDANA MENTERI atau Menteri KDN untuk menasihatkan Baginda Sultan untuk melantik sesiapa menjadi Exco Kerajaan Negeri.

Yang ada hanya kuasa menasihat oleh MENTERI BESAR JOHOR sahaja.

Seterusnya YAB Tun tersayang, mengikut Perkara 4 (7) Bahagian II Perlembagaan Negeri Johor 1895, kesemua Exco kerajaan Johor memegang jawatan tersebut mengikut tempoh yang diperkenankan oleh DYMM Sultan melainkan pelantikannya ditarik balik oleh DYMM Sultan Johor ATAS NASIHAT MENTERI BESAR JOHOR.

SEKALI LAGI TUN, PERDANA MENTERI TIADA APA-APA PERANAN LANGSUNG MENGIKUT PERLEMBAGAAN NEGERI UNTUK URUSAN ROMBAKAN EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR.

SEMUANYA ADALAH ATAS KUASA PERLEMBAGAAN SULTAN JOHOR SELEPAS MENDENGAR NASIHAT MENTERI BESAR JOHOR.

Cubaan campurtangan PM ke atas proses ini adalah tidak berpelembagaan dan tidak mengikut Rule of Law.

Semoga YAB Tun dapat menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri.

Sekian terima kasih.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts