PROGRAM MPOCC DALAM BAHASA MANDARIN, TINDAKAN BIADAP MENGHINA BAHASA KEBANGSAAN

725
SHARES
2.6k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA

Wira PERKASA amat terkejut apabila mendapat tahu program Pensijilan Skim Nasional anjuran Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) pada Sabtu depan yang merupakan salah satu Kementerian Industri Utama yang dihadiri oleh Menteri Teresa Kok diadakan dalam dalam Bahasa Mandarin.

Apakah Teresa Kok sebagai Menteri tidak faham bahawa ini bukan program anjuran Parti DAP tetapi ini program kementerian yang seharusnya menggunakan Bahasa Kebangsaan?

Seperti mana termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, yang memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara.

Tindakan Menteri daripada Parti DAP ini telah mencerminkan niat sebenar mereka dan ini juga jelas menunjukkan bahawa mereka adalah parti cauvinis apabila memfokuskan penyertaannya kepada pengamal bahasa Mandarin sahaja di samping cuba mencela Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Wira Perkasa Malaysia menuntut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap Menteri Industri Utama dan pegawai yang menandatangani surat siaran tersebut.

Menteri Industri Utama juga hendaklah memberi penjelasan dengan segera berhubung perkara ini. Ini selaras dengan penegasan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari Selasa, 14 Ogos 2018 bahawa penggunaan Bahasa Melayu tetap diutamakan dalam semua urusan rasmi negara.

Jangan cuba bermain api kerana buruk akibatnya.

BURHANUDDIN RUSLAN

Ketua Wira Perkasa Malaysia

22 April 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts