MUAFAKAT MENGUTUK TINDAKAN 41 NGO MENYOKONG FITNAH AKTIVIS LGBTQ TERHADAP JAKIM

395
SHARES
2.2k
VIEWS

Perbuatan menabur fitnah terhadap institusi kerajaan yang paling terpercaya dalam menjaga kesucian agama Islam sehingga ke peringkat antarabangsa amat mendukacitakan dan MUAFAKAT memandang serius perbuatan yang keterlaluan ini.

Baru-baru ini seorang aktivis songsang yang memperjuangkan hak LGBTQ, Numan Afifi telah membuat kenyataan fitnah terhadap JAKIM secara terbuka di persidangan UNHRC di Geneva, dan mendapat tentangan dan kritikan dari beberapa NGO Islam yang mengutuk tohmahan tidak berasas itu dan mempertahankan institusi Islam tersebut.

Tetapi tiba-tiba muncul 41 NGO yang berpakat memberi sokongan penuh terhadap kenyataan fitnah Numan Afifi tersebut dan disiarkan dalam akhbar Malaymail. Kononnya kumpulan 41 NGO ini mempunyai bukti bagi menyokong kenyataan mereka bahawa memang terdapat program anjuran JAKIM tersebut dikatakan mempunyai unsur keganasan anjuran kerajaan (state-sponsored violence).

Kumpulan 41 NGO yang dikeluarkan oleh akhbar Malaymail menyokong kenyataan fitnah Numan Afifi terhadap JAKIM adalah seperti berikut:

1. Justice for Sisters
2. Queer Lapis
3. Seksualiti Merdeka
4. Malaysian Atheists and Secular Humanists
5. Parti Sosialis Malaysia
6. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
7. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
8. Projek Ilmu Seks
9. L-INC Foundation
10. Beyond Borders
11. PLUHO, People Like Us Hang Out!
12. PLUsos (People Like Us Support Ourselves)
13. PELANGI Campaign
14. Our Journey, Malaysia
15. KLSCAH Youth
16. KL Queer Women Discussion Group
17. The Malaysian Feminist
18. Transmen of Malaysia
19. All Women Action Society (AWAM)
20. The Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)
21. Tenaganita
22. North South Initiative (NSI)
23. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
24. Community Development Centre (CDC)
25. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
26. Center of Excellence for Research in AIDS (CERIA)
27. Queer Academics, Students and Supporters Alliance (QUASSA)
28. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
29. Diversity
30. Malaysian AIDS Council (MAC)
31. Malaysia Muda
32. PT Foundation
33. SEED Malaysia
34. Pertubuhuan Kebajikan dan Kesihatan Umum (PPKUM)
35. BIKAR ALAM
36. BENTARAKATA
37. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
38. GERAK (Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia)
39. Women Center for Change (WCC)
40. Women’s Aid Organization (WAO)
41. ASEAN SOGIE Caucus

“MUAFAKAT mengutuk keras perbuatan 41 NGO yang menyokong kenyataan fitnah Numan Afifi terhadap JAKIM. Dengan tindakan ini seolah-olah ingin mengatakan institusi JAKIM iaitu satu-satunya institusi paling terpercaya oleh seluruh umat Islam untuk menjaga kesucian Islam juga tidak boleh dipercayai, tidak amanah kerana bersikap zalim dan ganas terhadap golongan LGBTQ. Padahal sebenarnya program tersebut adalah program kesedaran dan pemulihan,” kata Haji Rashidi Haris Ketua Media MUAFAKAT.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts