KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA – KEADILAN BUAT ADIB

404
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali

Presiden PERKASA Malaysia

20 April 2019

Adib seorang petugas pasukan bomba dan penyelamat terkorban semasa operasi memadam kebakaran serta menyelamat mangsa kebakaran dan rusuhan. Tugas yang sangat murni dan memerlukan pengorbanan.

Dalam kejadian semasa operasi di kuil Seafield, beliau terbunuh akibat sikap ganas manusia yang tidak berperikemanusiaan yang berniat jahat.

Suspek telah dituduh dengan kesalahan cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan berasaskan kecederaan parah akibat serangan suspek dengan bukti-bukti yang ada hasil siasatan pasukan polis dan pakar perubatan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat diselamatkan walaupun segala usaha dan kepakaran dari SJMC KLH dan IJN digemblengkan. Beliau meninggal dunia sebagai seorang wira.

Apa yang dikesalkan pihak tertentu telah membebaskan suspek walaupun pihak polis memohon pihak Pendakwaraya mengubah pertuduhan kepada kesalahan bunuh sebaliknya mengarahkan untuk diadakan inkues pula. Tindakan yang luar biasa pelik dan meragukan.

Sewaktu inkues sedang berjalan sekali lagi pejabat Peguam Negara melakukan satu tindakan lebih meragukan apabila seorang TPR telah diarah membuat SD mengesahkan punca kematian Adib bukan akibat dipukul.

Apakah motif rantaian tindakan-tindakan pejabat Peguam Negara ini? Kenapa tindakan ini dilakukan sewaktu inkues masih dan sedang berjalan?

Adakah tujuannya untuk mempengaruhi saksi-saksi memberi keterangan dan memberi tekanan kepada koroner dalam membuat pendengaran dan penghakiman?

Ini adalah satu ‘bad precedent‘ yang cuba dilakukan pejabat Peguam Negara. Kenapa beriya-ia benar pihak tertentu dalam usaha melindungi suspek?

Apakah pertuduhan ke atas mereka sudah ditarik balik? Mengapa proses sistem keadilan jenayah dalan kes Adib ini tidak dibenarkan berjalan?

Di mana ikrar melaksanakan ‘Rule of Law‘ yang diuar-uarkan selama ini?

Mana keadilan buat Adib, pasukan bomba dan keluarganya?

Hasil pemerhatian ini, PERKASA menggesa Peguam Negara membatalkan SD yang telah dibuat dan berhenti mengganggu perjalanan perbicaraan ke atas suspek-suspek yang terlibat dan biarlah mahkamah yang membicara dan membuat keputusan ke atas kes ini.

Pertuduhan ke atas suspek perlu dipinda dari cubaan membunuh kepada membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti yang disyorkan PDRM yang telah menjalankan siasatan ke atas kes ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts