KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MENGENAI KEMATIAN ALLAHYARHAM ADIB

413
SHARES
2.2k
VIEWS

MENYOKONG GESAAN YANG DIBUAT OLEH PENGERUSI GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH) SUPAYA PEGUAM NEGARA, THOMMY THOMAS MENARIK BALIK AFFIDAVIT ADIB TIDAK DIPUKUL

Oleh Burhanuddin Ruslan

Ketua Wira PERKASA Malaysia

19 April 2019

Wira Perkasa Malaysia menyokong gesaan yang dibuat oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) supaya Peguam Negara, Thommy Thomas menarik balik affidavit yang menyatakan bahawa kecederaan yang dialami Adib sehingga membawa kepada kematian bukan disebabkan oleh dipukul perusuh sedangkan proses inkues kes Adib sedang dijalankan dan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Affidavit disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah.

Tindakan ini adalah tidak masuk akal dan merupakan satu tindakan yang gila dibuat oleh seorang Peguam Negara, ini menidakkan hak pembelaan dan keadilan kepada seorang anggota bomba yang terkorban ketika menjalankan tugas dan amanah negara, tindakan ini juga adalah yang tidak wajar dan bercanggah dengan prinsip undang-undang apabila afidavit diumumkan sebelum selesai inkues.

Sememangnya dari awal lagi Wira Perkasa Malaysia merasakan seperti wujud perancangan jahat dan tersusun apabila kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengarahkan Majistret membuat inkues menentukan sebab kematian Adib memandangkan kes berkenaan diklasifikasi semula oleh polis sebagai membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Malah pihak polis juga telah menahan 4 orang susupek tetapi dua orang suspek telah dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts