KENYATAAN MEDIA WIRANITA PERKASA MENGENAI KEMATIAN ALLAHYARHAM ADIB

404
SHARES
2.1k
VIEWS

WIRANITA PERKASA SOKONG GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH) ISU AFIDAVIT PEGUAM NEGARA YANG MENGATAKAN KEMATIAN ANGGOTA BOMBA, ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM BUKAN AKIBAT DIPUKUL

Oleh Hajah Foziah Nawawi

Ketua Wiranita PERKASA Malaysia

19 April 2019, 13 Syaaban, 1440 Hijriah

1. Wiranita Perkasa merujuk kepada laporan media perdana bertarikh 18 April 2019 mengenai Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang mendesak afidavit difailkan pejabat Peguam Negara yang mengatakan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bukan akibat dipukul ditarik balik.

2. Wiranita Perkasa berpandangan bahawa adalah tidak munasabah kematian Muhammad Adib yang masih sihat dan kuat disebabkan faktor-faktor lain selain dibelasah oleh sekumpulan perusuh pada malam kejadian. Bukti saksi kejadian tidak boleh kesampingkan. Afidavit itu tidak sepatutnya difailkan kerana prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib masih berjalan.

3. Apa helah Peguam Negara, Tommy Thomas menfailkan avidafit yang mengatakan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bukan akibat dipukul? Adakah Peguam Negara terlibat dalam konspirasi untuk menyembunyikan hakikat bahawa para perusuh terbabit dalam menyebabkan kematian Muhammad Adib? Kenapa Peguam Negara campur tangan dalam inkues tersebut sedangkan ianya masih dalam proses perundangan?

4. Oleh yang demikian, Wiranita Perkasa menggesa agar Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan dengan seberapa segera kerana membuat akuan bersumpah dan melakukan afidavit ketika inkues sedang berlangsung dan apatah lagi inkues tersebut belumpun berakhir.

Perkara ini juga adalah sesuatu yang pelik dan meragukan kerana ada tangan-tangan ghaib yang campurtangan dalam perjalanan dan proses inkues.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts