KEBARANGKALIAN TERDAPAT UNSUR KONSPIRASI – MUAFAKAT

433
SHARES
2.3k
VIEWS

Memang benar bahawa takdir itu kepunyaan Tuhan, itu tiada yang menafikannya dan bukan mati itu yang dipersoalkan tetapi cara mati itu yang menjadi isunya di sini.

Berikutan afidavit yang dikeluarkan oleh pejabat Peguam Negara kelmarin 15 April ternyata jelas bercanggah dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid yang lebih dahulu membuat kenyataan sebaliknya.

Perkara ini boleh dirujuk kepada laporan akhbar Utusan pada terbitan 28 Nov 2018 yang menyebut beliau, Datuk Mohamad Hamdan Wahid tampil mempertahankan serta menjelaskan bahawa mangsa iaitu Allahyarham Adib memang telah diserang dan dipukul berserta saksi iaitu Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31 juga seorang anggota bomba yang berada di lokasi semasa kejadian.

Begitu juga dengan laporan dari bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, berkata berdasarkan video lakonan semula kejadian dan corak kecederaan pada mangsa, kemungkinan besar ada dua iaitu daya yang menyebabkan mangsa terhimpit antara dua permukaan keras adalah hentaman pintu ke dada kanan Muhammad Adib.

Satu lagi boleh juga disebabkan individu yang menghentak mangsa sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk, dan ini lebih logik mengikut teori Prof Dr Shahrom.

Selain daripada kenyataan tersebut, lain-lain kenyataan jelas terdapat unsur keraguan pada teorinya dan hujuh-hujuh balasnya pula lebih kepada ‘pendapat’, ‘besar kemungkinan’ yang nyata tidak konkrit.

MUAFAKAT amat tidak bersetuju apabila inkues yang masih sedang berjalan lagi tetapi pihak Pejabat Peguam Negara telah membuat kenyataan akhbar dengan mengatakan sebaliknya iaitu Adib bukannya mati kerana dipukul tetapi kerana kemalangan, yang mana kenyataan ini sebenarnya tidak releven dan tidak patut dibuat kerana perbicaraan sedang berjalan dan masih ada ramai lagi saksi yang akan dipanggil.

Justeru, MUAFAKAT menuntut pejabat Peguam Negara menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab kelmarin dan seterusnya menghentikan sebarang spekulasi.

Wallahua’lam.

Haji Rashidi Haris

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts