TOMMY THOMAS TIDAK FAHAM PROSES PERBICARAAN JENAYAH – BUZZE AZAM

452
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Hari ini saya hendak beri kuliah ringkas berkaitan tata cara giliran pemeriksaan utama, soal balas dan pemeriksaan semula oleh pihak-pihak dalam mahkamah.

Rujuk tulisan saya berkaitan “Ibarat membina dan meruntuhkan Istana Pasir” dalam kuliah terdahulu di sini.

(Artikel di Editor Malaysia mengenai tulisan di atas bertajuk “PROSEDUR PERBICARAAN NAJIB UNTUK PENGETAHUAN AWAM – BUZZE AZAM”)

Apabila saksi DPP dipanggil, beliau akan menjalani proses Pemeriksaan Utama oleh DPP.

Kebiasaannya soalan DPP ini ‘lembut-lembut’ sahaja kerana DPP mahu membina kes melalui saksi ini. Jadi kerana itu DPP tidak boleh berkeras dengan saksi mereka sendiri.

Soalannya lebih kurang “Boleh kamu ceritakan apa yang berlaku?”

Jadi saksi seronoklah bercerita panjang lebar tentang apa yang dia sudah lakukan.

Ketika ini peguambela mendengar sahaja cerita panjang saksi dan akan tunggu sampai ada cerita merepek keluar serta versi cerita merepek itulah yang akan diserang oleh peguambela ketika menyoal balas saksi.

Di peringkat kedua, apabila peguambela pula bertanyakan Soalan Balas, memang tiada belas kasihan diberikan.

Kadangkala saksi hanya boleh menjawab ‘Yes‘ or ‘No‘ sahaja di atas soalan pihak pembelaan. Tidak diberikan peluang untuk bercerita panjang seperti  sesi Pemeriksaan Utama.

Ketika inilah mental saksi perlu kuat dan jangan ‘koyak’ dengan soalan provokasi dari pihak peguambela.

Selesai peringkat kedua tersebut, DPP akan Memeriksa Semula saksi dengan memperbaiki setakat yang boleh terhadap ‘runtuhan-runtuhan’ yang telah dilakukan oleh saksi tersebut ketika disoal balas oleh peguambela.

Memang dari sudut prosedur, ketika Pemeriksaan Semula, DPP tidak boleh bertanyakan soalan berkaitan isu yang tidak dibangkitkan oleh peguambela ketika pemeriksaan balas.

Walaubagaimanapun, atas budi bicara Hakim, Hakim boleh membenarkan peguambela mengemukakan soalan balas tambahan berkaitan isu itu sahaja, tiada masalah.

Namun yang menjadi masalah adalah apabila Tommy Thomas yang tiada pengalaman mengendalikan langsung kes-kes jenayah sebelum ini kerana beliau sekadar Peguam Perlembagaan dan Sivil.

Agak kelakar apabila beliau maklumkan “DPP Suhaimi mempunyai caranya sendiri”.

Ini bukan ‘level‘  jawapan bagi seorang yang bertaraf Peguam Negara.

Ini kerana jika beliau faham prosedur perbicaraan jenayah, beliau patut bangun dan meminta Hakim menilai soalan DPP Suhaimi, sama ada sebagai soalan baru ataupun tidak.

Jika dinilai sebagai soalan baru, demi keadilan maka peguambela boleh diberi peluang kedua untuk menyoal balas saksi.

Jawapan Peguam Negara Tommy Thomas “seperti Mr. Bean” sahaja kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes jenayah seperti ini.

Kerana itulah beliau terpaksa ‘sub‘ kepada rakan-rakannya sedangkan ada pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara yang berpengalaman namun hanya diminta untuk membuat kerja fotostat sahaja.

Kasihan pegawai kanan tersebut.

Sekian.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts