BEBAN PEMBUKTIAN KEPADA TOMMY THOMAS – BUZZE AZAM

459
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

1. Untuk berjaya dalam pertuduhan AMLA, beban pembuktian di pihak pendakwaan sangat berat.

2. Sebagai Peguam Perlembagaan, Tommy Thomas terpaksa membayar upah kepada kawan-kawan peguam jenayahnya yang lain untuk membantu beliau membuktikan kes ke atas Najib kerana mustahil beliau yang tiada pengalaman dalam kes jenayah boleh mengetuai pasukan pendakwaan.

3. Terdapat 3 peringkat untuk membuktikan Najib bersalah dalam pertuduhan AMLA ini.

Pertama, DPP harus membuktikan kesalahan predikat dahulu seperti kesalahan Pecah Amanah Jenayah.

PERINGKAT INI BARULAH DIBUKTIKAN WUJUDNYA SUMBER HARAM DUIT BERKENAAN.

4. Selepas kesalahan predikat dibuktikan, maka peringkat kedua, DPP perlu buktikan wujudnya perbuatan placement, layering dan integration wang dari sumber haram berkenaan.

INI ADALAH PERINGKAT MEMBUKTIKAN WUJUDNYA PERBUATAN JAHAT NAJIB (ACTUS REUS) ‘MENCUCI’ DUIT DARI SUMBER HARAM BERKENAAN.

5. Dan peringkat ketiga, adalah pembuktian NIAT JAHAT NAJIB (MENS REA) UNTUK MENCUCI duit dari sumber haram berkenaan.

6. Selepas ketiga-tiga peringkat ini berjaya dibuktikan, barulah Najib boleh disabitkan dengan kesalahan AMLA.

7. Gagal satu, gagal semuanya.

SEBAB ITU TEKANAN DI PIHAK DPP SEKARANG UNTUK MEMBUKTIKAN 3 ELEMEN DI ATAS.

8. Di peringkat kes pendakwaan ini, peguam Najib tidak perlu buktikan Najib tidak bersalah. Peguam hanya perlu timbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan dan meruntuhkan Istana Pasir yang sedang mereka bina.

9. Ini hanyalah penerangan ringkas saya dalam Bahasa yang mudah difahami oleh orang awam, tidak kira berapa rendah bacaan IQ mereka.

10. Kalau anda rasa anda lagi bijak dari Tommy Thomas, jangan ‘meroyan koyak’ di ruangan komen, esok pergi mahkamah, pakai tali leher dan jubah peguam, dan masuk gantikan Tommy Thomas.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts