KALAH DI RANTAU BUAT JANJI ENAM BULAN PULA

28
SHARES
311
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

16 April 2019

Tun Daim kata ekonomi Malaysia akan pulih dalam tempoh enam bulan. Buat janji lagi? Ini janji baru, selepas kalah PRK Rantau. Mari kita tunggu sehingga bulan Oktober tahun ini apakah janji ini tertunai.

Sudah tentu harga barang akan turun. Harga minyak akan turun RM1.50 seliter dan hutang PTPTN akan dihapuskan.

Logiknya, selama ini kerajaan PH mendakwa janji tidak boleh ditunaikan kerana keadaan ekonomi tidak mengizinkan. Maka, bila sudah pulih, mestilah janji boleh ditunaikan.

Tetapi tempoh sebelas bulan berlalu apa kejayaan CEP? Harga barang tidak turun, saham tetap jatuh, hutang negara terus meningkat dan pelaburan semakin merosot. Akhirnya banyak u-Turn berlaku seperti projek ECRL. Banyak aset GLC dijual bahkan duit Petronas diratah.

Kalau sebelas bulan tidak boleh maka apakah enam bulan boleh? Memang meragukan dan rakyat juga sudah fobia dengan janji PH.

Berjanji adalah penyakit PH untuk menipu rakyat. Adakah janji baru ini untuk memanjangkan hayat kerajaan PH yang berada di hujung tanduk?

Janji enam bulan adalah taktik bermain masa untuk meredakan kemarahan rakyat setelah PH kalah di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan