KENYATAAN MEDIA MUAFAKAT MENGENAI PENGHINAAN TERHADAP YDP AGONG

442
SHARES
2.4k
VIEWS

Kenyataan Media

MUAFAKAT

12 April 2019

PENGHINAAN TERHADAP DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG XVI AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) menzahirkan perasaan dukacita yang teramat sangat berkenaan penghinaan terhadap DYMM YDPA ke-16 dalam bentuk gambar yang telah diubahsuai dan dimuatnaik ke dalam laman Facebook penama: SABAH – SARAWAK MERDEKA. Rujuk: https://www.facebook.com/Sabah-Sarawak-Merdeka-165274130237053/

Perbuatan menghina ini seolah-olah suatu pengisytiharan perang ke atas Islam dan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat; ini adalah kerana DYMM YDPA merupakan simbol dan tunggak kemasyhuran sebagai Ketua Agama kepada penganut agama Islam dan teraju ketuanan Kesultanan bagi bangsa Melayu di Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, penghinaan ini juga menunjukkan sikap sebahagian pihak yang degil dan derhaka yang tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara asas negara yang sekian lama telah menyatupadukan umat majmuk dan berbilang kaum selama ini dengan semangat perpaduan, hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera sejak kemerdekaan dikecapi.

MUAFAKAT memandang serius perkara penghinaan melampau ini dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera, dan tegas membendung perbuatan menderhaka yang melampau-lampau ini bagai provokasi untuk mencetuskan huru-hara dalam negara serta juga ia boleh menimbulkan perasaan gusar tidak tenteram di antara kaum di negara ini.

MUAFAKAT menyifatkan tindakan ini sebagai satu sikap yang ingin memberontak menentang Raja-Raja Melayu khasnya Yang di-Pertuan Agong dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan penderhakaan ini.

Tuan Haji Nor Rashidi bin Haris

Ketua Media

MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts