PERKASA SETUJU PENUBUHAN RCI BAGI SIASAT SALAH LAKU TABUNG HAJI

46
SHARES
189
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PERKASA MALAYSIA

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

9 April 2019 | 10 Rejab 1440 (Selasa)

1. Rentetan isu Hibah Tabung Haji (TH) yang menjadi buah mulut setiap rakyat dan juga pemimpin kerajaan seminggu ini, Perkasa tertarik dan bersetuju 101% dengan cadangan yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyatakan fakta sebenar di sebalik isu kewangan yang digembar-gembur tentang salah laku dalam pengurusan Tabung Haji.

2. Pihak kerajaan perlu memberi fakta yang tepat dan bukanlah kenyataan-kenyataan semberono oleh menteri-menteri yang akhirnya mengakibatkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan pengurusan kewangan TH.

3. RCI yang diwujudkan hendaklah menjurus kepada tuduhan penyelewengan dan manipulasi akaun kerana ia turut melibatkan integriti dan kredibiliti Jabatan Audit Negara. TH juga perlu disiasat atas laporan yang pengurusan serahkan kepada Jabatan Audit Negara bagi menentukan kebenaran dan kesahihan laporan yang dikeluarkan.

4. Perkasa menggesa dan menyokong cadangan ini kerana siasatan dan laporan terperinci perlu dijelaskan agar rakyat mendapat gambaran sebenar sama ada ia merupakan kesalahan jenayah atau kelemahan tadbir urus organisasi atau kerugian biasa pelaburan

Sekian.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend