PRK RANTAU N9. TOK MAT HASAN VS. ANWAR IBRAHIM

400
SHARES
2.3k
VIEWS

Mengundi di Rantau pada April 13. Kempen di Rantau semakin panas. Anwar Ibrahim nampaknya bersungguh-sungguh hendak memenangkan calon PKR (PH) pilihannya.

Untuk rekod, BN telah mengalahkan DAP (PH) di Cameron Highlands. Kalahkan PBBM (PH) di Semenyih. Kini giliran PKR (PH) pula di Rantau.

Rantau merupakan satu kawasan DUN yang sangat bahaya untuk Tok Mat Hasan.

Inilah kawasan yang dipanggil kawasan 45 / 55.
Iaitu 45% pengundi non Malays (bukan Melayu), dan 55% pengundi Melayu Islam.

Kempen PH dan DAP berterusan memburuk-burukkan kerajaan terdahulu. Taktik menggunakan media sosial memburukkan parti lawan seperti di Taiwan oleh DAP, diteruskan. Ini membawa padah kepada parti MCA semenjak 2008.

Apa yang jelas, Barisan Nasional (BN) perlu dijenamakan semula.

Sebagai contoh, nama BN mungkin lebih sesuai diganti dengan nama: BARISAN RAKYAT.

Nama yang lebih sedap didengar dan catchy.

Keahlian terdiri dari UMNO, MCA dan MIC plus RAKAN-RAKAN BR – PAS, lain-lain parti politik yang bersama BR dan NGO-NGO.

Logo pula mungkin tetap logo dacing tetapi warna ditukar daripada warna biru tua kepada biru dan merah.

Di Rantau, pengundi muda banyak yang beralih menyokong Tok Mat, sama seperti di Semenyih.

Di Semenyih, dianggarkan pengundi muda menyokong BN naik daripada 30.2% (PRU-14) kepada 51.6% pada PRK Semenyih yang baru lalu.

Di Rantau juga terdapat 2 jenis pengundi iaitu pengundi urban (dalam bandar) dan pengundi rural (luar bandar).

Analisa pengamal politik menjurus kepada kemenangan untuk Tok Mat tetapi di dalam mana-mana PRK, macam-macam boleh berlaku di 5 hari terakhir ini.

Sama-sama kita doakan RANTAU 4 TOK MAT.

Semoga BN beroleh kejayaan.

Salam.

DSBA

8 April 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts