KENAPA SAMPAI PERLU MERAYU, ZAHID?

344
SHARES
2k
VIEWS

Pada 6 jun lepas, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya di mana Perdana Menteri menjelaskan dalam pertemuan tersebut Zahid telah meminta nasihatnya bagaimana untuk mentadbir Umno.

Justeru dalam sebuah sidang akhbar hari ini, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li berkata sekiranya beliau adalah Pemangku Presiden UMNO, beliau tidak akan ‘merayu’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan nasihat.

Kenyataan tersebut seolah-olah menempelak Zahid secara tidak langsung kerana beliau berpendapat bahawa UMNO akan dilihat lemah jika pemimpinnya meminta nasihat dari parti lawan.

Sedangkan pada masa yang sama, UMNO sendiri boleh menggunakan pengalamannya yang luas selaku kerajaan selama ini untuk menjadi pembangkang yang elegen serta dalam Barisan Nasional sendiri mempunyai ramai tokoh yang boleh memberi nasihat kepada beliau termasuklah Ku Li sendiri.

Walaupun hakikatnya UMNO langsung tidak berpengalaman sebagai pembangkang sehinggakan Pemangku Presiden UMNO sendiri seolah-olah terpaksa bertemu ‘arkitek’ yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Barisan Nasional bagi mendapatkan nasihat, namun kerajaan Pakatan Harapan juga hakikatnya langsung tidak berpengalaman sebagai kerajaan.

Namun mereka menggunakan ‘kelemahan’ tersebut sebagai kekuatan di mana terlihat ketika ini ianya berhasil membina keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Bukankah UMNO terbiasa dengan fakta dan mengatakan pihak pembangkang selama ini hanya menggunakan fitnah dan auta untuk menumbangkan Barisan Nasional?

Maka sewajarnya ketika ini pendekatan yang sama digunapakai oleh Barisan Nasional untuk menjadi pembangkang yang lebih baik dari pembangkang Pakatan Harapan yang berpelurukan ‘fitnah dan auta’.

Dengan bermodalkan fakta dan data yang selama ini memihak kepada Barisan Nasional, apakah tidak cukup meyakinkan bagi Pemangku Presiden UMNO untuk menyerlahkan diri mereka selaku pembangkang yang kritis dan bermatlamat murni untuk memajukan negara?

Jika ini adalah pendekatan berstrategi bagi Presiden UMNO, sewajarnya Zahid memberi laluan bermaruah buat Ku Li sebagai Presiden UMNO.

Berjuang tidak semestinya menang namun lebih baik daripada mengaku kalah sebelum berjuang. Sifat tegar dan konsisten Pakatan Harapan selaku pembangkang wajar dicontohi UMNO jika ingin menjadi pembangkang yang elegen.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts