MALAYSIA TIDAK PERLUKAN DIKTATOR

447
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Kita tidak mahu seorang Perdana Menteri yang terlalu berkuasa.

Kita juga tidak mahu seorang Raja yang terlalu berkuasa.

Kita mahukan check and balance.

Bila seorang Raja kelihatan terlalu berkuasa, kita mengharapkan seorang Perdana Menteri untuk mengimbangi Raja berkenaan.

Keadaannya sama, jika ada seorang Perdana Menteri yang kelihatan mabuk kuasa, dalam keadaan semua rakyat yang cuba menentangnya ditangkap dan dibekukan akaun, maka kita memerlukan seorang Raja yang berani bersuara bagi mengimbangi kediktatoran Perdana Menteri tersebut.

Ini yang Malaysia perlukan.

Semak dan imbang.

Kita perlukan Perdana Menteri dan kita juga memerlukan Raja.

Jangan kita hilang mana-mana satu darinya.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts