KENYATAAN MEDIA PERKASA MENGENAI STATUT ROM

426
SHARES
2.3k
VIEWS

Kerajaan tidak ada pilihan untuk tarik balik menjadi ahli Statut Rom kerana dipercayai Raja-Raja Melayu sangat murka. Difahamkan Raja-Raja Melayu telah bertemu dan berbincang satelah mendapat pandangan pakar-pakar perundangan.

Pada asasnya Statut Rom mencabar kedaulatan negara. Negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei Indonesia, Thailand dan Filipina awal-awal lagi telah menolak Statut Rom. Amerika dan Israel juga menolak perjanjian ini.

Bagaimana hendak mendakwa pemimpin Israel sekiranya Israel tidak menjadi ahli?

Difahamkan sebelum ini YDP Agung tidak diberi gambaran yang tepat mengenai Statut Rom.

Maka amat wajar dan PERKASA turut mendesak kerajaan menarik balik daripada menjadi ahli Statut Rom.

Mantan Ketua Hakim Negara Tun Hamid Mohamad telah menulis rencana dan bercakap melalui video mengenai Statut Rom dengan jelas dan amat mudah difahami.

Dato Dr Ibrahim Ali

Presiden PERKASA

5 April 2019

(Terkini kerajaan telah membuat keputusan menarik diri dari perjanjian Statut Rom setelah mendapat bantahan ramai pihak)

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts