UMNO SELANGOR MENDESAK KERAJAAN MENOLAK STATUT ROM

358
SHARES
2.1k
VIEWS

UMNO Selangor sebulat suara menolak Perjanjian Statut Rom yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Pakatan Harapan di mana dilihat telah membelakangkan Majlis Raja-Raja Melayu dalam Malaysia.

Diharapkan kerajaan selepas ini tidak lagi bertindak tergesa-gesa menandatangani sebarang penjanjian antarabangsa dan melakukan kajian mendalam.

Kerajaan juga wajib bertemu mengadap dan berbincang dengan Majlis Raja-Raja agar Raja-Raja Melayu dapat dimaklumkan terlebih dahulu seperti yang portal ini pernah sarankan, di bawah tajuk “Rundingkan sebarang perjanjian antarabangsa dengan Majlis Raja-Raja”.

Perkara ini wajar dilakukan agar kerajaan tidak lagi bertindak melulu sehingga memalukan negara  dengan membuat perjanjian yang tidak sepatutnya yang mengancam kedaulatan negara dan Raja-Raja Melayu serta membelakangkan Perlembagaan.

Berita terkini mengenai Statut Rom, iaitu pihak kerajaan telah menarik balik perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts