TOWNHALL RAKYAT MALAYSIA BAHARU

383
SHARES
2.1k
VIEWS

Saya ingin menjemput tuan-tuan puan-puan untuk hadir ke majlis sembang santai townhall rakyat bersama pemimpin-pemimpin pembangkang di Dewan Merdeka PWTC esok Sabtu pada pukul 12 tengahari.

Antara pemimpin-pemimpin yang akan hadir untuk sesi sembang santai dan bersoal jawab bersama rakyat esok ialah:

1. YB Dato’ Seri Najib Razak, mantan Perdana Menteri
2. YB Tan Sri Vigneswaran, Speaker Dewan Negara, Presiden MIC
3. YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO
4. YB Dato’ Seri Wee Ka Siong, Presiden MCA
5. YB Dato’ Seri Ti Lian Ker, Naib Presiden MCA
6. YB Dato’ Seri Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO
7. Dato’ Seri Thanenithiran, Presiden Makkal Sakthi
8. Dato’ Sivarraajh, Naib Presiden MIC
9. Dato’ Huan Cheng Guan, Naib Presiden PCM
10. Nicole Wong, Ketua Pemuda MCA
11. Thinalan Rajagopalu, Ketua Pemuda MIC
12. Shahir Adnan, Ketua Pemuda Ikatan

Majlis ini adalah terbuka kepada semua. Oleh itu ianya terbuka kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong kerajaan juga.

Namun majlis ini adalah suatu majlis ilmu untuk perbincangan yang membina dan berhemah bukan platform untuk berdebat atau membuat provokasi.

Sesi akan berlangsung selama 3 jam. Tuan-tuan dan puan-puan boleh bertanya apa-apa soalan kepada ahli-ahli panel termasuk berkenaan politik, ekonomi, isu-isu semasa seperti peningkatan kos sara hidup rakyat, kehilangan pekerjaan, pencemaran alam sekitar, Statut Rom dan Institusi Raja-raja, kerjasama BN dengan PAS, PRK Rantau, PRU-15 dan sebagainya.

Soalan adalah terbuka dan tidak ditapis dan boleh ditujukan kepada ahli panel atau mana-mana pemimpin yang hadir di dalam dewan, namun soalan-soalan yang sengaja untuk membuat provokasi akan ditolak oleh moderator.

Ini adalah julung-julung kali dalam sejarah Malaysia sesuatu majlis seperti ini diadakan.

Saya harap tuan-tuan dan puan-puan dapat bersama-sama hadir ke majlis ini untuk membincangkan kehidupan dan masa depan kita bersama untuk membina Malaysia dengan sebaiknya.

Terima kasih.

Jumpa di sana esok.

Salam,

ISHAM JALIL

5 April 2019

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/437033210385542?sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts