" />

TUN MAHATHIR BERTEGAS TIDAK IKTIRAF SIJIL UEC, TOMMY THOMAS WAJAR MEMOHON MAAF

192
SHARES
752
VIEWS

Rakyat mengalu-alukan ketegasan dan ‘bantahan’ Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pengiktirafan kepada UEC di mana tahap Se­nior Middle 3 akan diterima untuk menduduki Sijil Amalan Guaman, yang sebelum ini diumumkan oleh Peguam Negara.

Tun Mahathir menegaskan bahawa keputusan untuk mengiktiraf sijil tersebut hanya boleh dibuat oleh kerajaan.

Menurut beliau, keputusan yang dibuat oleh Tommy Thomas dalam mesyuarat Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB) bagi mengiktiraf sijil itu hanyalah pendapat mereka sahaja.

Rakyat ternanti-nanti dan mengharapkan pengumuman Tun Mahathir ini bukanlah retorik politik semata-mata sempena PRK Rantau yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 13 April depan.

Bagaimanapun, rakyat menyanjung tinggi dan mengharapkan Tun Mahathir akan mengotakan kata-katanya untuk tidak mengiktiraf UEC semudah ini kerana ia turut melibatkan Dasar Pendidikan Negara dan kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya meluluskan UEC tanpa mereka sendiri patuh dan akur dengan dasar-dasar yang ditetapkan bagi pendidikan di negara ini sejak sekian lama.

Tidak mungkin sijil UEC yang selama ini belum diiktiraf namun dengan mudahnya diperakui dan diterima oleh Peguam Negara untuk Sijil Amalan Guaman, malah sijil dari universiti awam sendiri iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masih belum diiktiraf oleh Tommy Thomas.

Kementerian Pendidikan sebelum ini melalui Menterinya telah memohon supaya LPQB memberikan keutamaan kepada masalah yang dihadapi graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dr. Masz­lee Malik berkata, pihak FSU USIM te­lah mengemukakan se­mua dokumen yang di­perlukan, namun ma­sih belum ada tindakan susulan mahupun perbinca­ngan daripada LPQB.

Justeru, apa rakyat seluruhnya mengharapkan ialah tiada tindakan ‘u-turn’ oleh pihak kerajaan dalam hal mengiktiraf sijil UEC ini memandangkan Tun Mahathir sendiri telah menegaskan perkara ini perlu melalui pihak kerajaan.

Tommy Thomas juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka kerana memandai-mandai bertindak mengiktiraf UEC bagi menduduki Sijil Amalan Guaman dan sekaligus membelakangkan lulusan universiti awam.

Selain itu beliau juga tidak wajar kerana berani bertindak mendahului kerajaan sebagai pihak yang sepatutnya memberikan pengiktirafan.

Related Posts

Discussion about this post

Send this to a friend