TUN MAHATHIR JUGA MENOLAK PENGIKTIRAFAN UEC -MUAFAKAT

455
SHARES
2.3k
VIEWS

Seperti yang sebelum ini telah disuarakan, MUAFAKAT tetap kekal memprotes dengan sekeras-kerasnya pengiktirafan UEC oleh Peguam Negara dan berasa amat dukacita dengan reaksi sinis Timbalan Menteri Pendidikan menyambut gembira dengan ucapan terima kasih atas pengiktirafan oleh Peguam Negara.

Tambah membimbangkan apabila isu yang bagai menggugat ketuanan orang Melayu ini disokong pula oleh bakal PM iaitu Yang Berhormat dari Port Dickson.

Rujuk sini: https://editormalaysia.com/9150/

Seolah-olah ada agenda nada kesepakatan antara Tommy Thomas, Teo Nie Ching dan Anwar Ibrahim dalam permainan politik untuk mengheret Tun Mahathir turun padang menyuarakan pendapatnya pula, yang pastinya mereka tahu tidak akan menyetujuinya.

Sama ada ini game, political game untuk gains of power atau pun interest of power yang terzahir ia bagai mahu melihat sejauh mana kekebalan yang ada pada Tun?

Rujuk sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/548561/kerajaan-belum-iktiraf-uec

Hari ini, jelas bahawa pendirian MUAFAKAT dan beberapa NGO yang bersama dalam isu ini tidak bersendirian apabila Tun dalam kenyataan terbarunya menangkis ketiga-tiga rakan dalam Pakatan Harapan dengan pukulan TKO dengan berkata, “Kerajaan Belum Iktiraf UEC”.

Dan kami dari MUAFAKAT menyokong penuh kenyataan Tun dalam menolak cadangan yang boleh mengeruhkan lagi hubungan keharmonian dan perpaduan kaum yang sehingga ke hari ini berjaya dipertahankan.

Pendekatan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia atau MUAFAKAT kekal menolak UEC atau Unified Examination Certificate (Sijil Peperiksaan Bersama).

Oleh Haji Rashidi Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts