PEGUAM MENYOKONG KENYATAAN TMJ DAN DESAK KERAJAAN MENARIK SEMULA STATUT ROM

474
SHARES
2.8k
VIEWS

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua rakan bijaksana saya Peguambela & Peguamcara dari seluruh negara.

Saya telah memanggil satu Sidang Media Khas jam 6 petang tadi (3 April 2019) bagi menyokong kenyataan yang dititahkan oleh DYAM Tengku Mahkota Johor melalui laman Facebook rasmi Baginda bertarikh 2 April 2019 yang menyatakan bahawa Putrajaya telah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana meratifikasi Statut Rom tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan dan kelulusan Majlis Raja-Raja Melayu.

Apabila saya membuat semakan, saya mendapati titah DYAM TMJ berkenaan adalah benar dan berasas kerana Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:-

“Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”

Disebabkan oleh tindakan kerajaan Malaysia meratifikasi Statut Rom, terdapat beberapa undang-undang tempatan yang akan digubal dan/atau dipinda bagi menyelaraskan kedudukan dan kesesuaian aplikasi Statut Rom dengan undang-undang tempatan yang secara langsung akan menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu yang sebelum ratifikasi ini adalah kebal dari sebarang pendakwaan di mana-mana mahkamah atas kapasiti rasmi Baginda Raja-Raja Melayu.

Selepas ratifikasi ini, kekebalan Baginda Raja-Raja Melayu berkenaan akan di selaraskan dengan Statut Rom yang membolehkan Baginda didakwa di ICC dengan dakwaan atas kapasiti rasmi Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia atau penjaga Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu dalam Sidang Media berkenaan, saya telah mengumumkan akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 tandatangan sokongan daripada 100 orang peguam untuk Menyokong Memorandum Undang-undang yang akan mengemukakan beberapa cadangan undang-undang kepada Majlis Raja-Raja untuk menasihatkan Kerajaan Malaysia bagi menarik balik persetujuan untuk meratifikasikan Statut Rom sepertimana kedudukan yang diambil oleh negara-negara Asean lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Oleh itu, saya menjemput mana-mana rakan bijaksana peguam saya di sekitar Lembah Klang untuk berjumpa saya bagi membaca dan menandatangani Memorandum berkenaan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 4 April 2019 (Khamis)

Tempat: Lobby Lounge Hotel Istana KL

Masa: 11 pagi hingga 6 petang

Untuk peguam yang berada di luar Lembah Klang yang ingin turut sama membaca dan menandatangani memorandum ini, sila hubungi saya di talian 0129770412 untuk aturan lanjut.

Marilah kita semua Peguam Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama bersatu hati mempertahankan Perlembagaan Persekutuan daripada terus dicabuli oleh Kerajaan.

Saya menunggu anda di Hotel Istana.

Sekian dan terima kasih

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguambela & Peguamcara

Laporan Sidang Media;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156153674226347&id=221096761346

Status Fb YAM TMJ;

https://www.facebook.com/2083565825294170/posts/2217667768550641/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts