LOKMAN ADAM PERTIKAI KENAPA BERSATU DIAM ISU UEC

573
SHARES
2.4k
VIEWS

Dalam lontaran Facebook-nya yang dibuat petang tadi, Datuk Lokman Noor Adam mempertikai kenapa lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu atau UEC boleh dibenarkan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).

Lokman turut mempertikai kenapa syarat asas iaitu lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM tidak lagi diperlukan atau adakah kini Bahasa Malaysia sudah tidak lagi diiktiraf sebagai bahasa Kebangsaan.

Peguam Negara Tommy Thomas yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, dipetik berkata, dalam mesyuarat pada 8 Mac lalu, badan itu sebulat suara memutuskan bahawa mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki PSAG bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ O-Levels/setaraf yang diperoleh dalam 1 peperiksaan yang sama.

Selain itu Lokman turut mempertikai kenapa tiada kedengaran bantahan ataupun suara kaum Melayu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri sebagai Pengerusi Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu yang seolah-olah menikus dan akur dalam isu UEC ini.

Beliau melontarkan pertanyaan adakah mereka ini dan juga pemimpin Melayu lain dalam Kabinet sudah buta hati mereka kerana tidak langsung menyuarakan bantahan ataupun mempersoalkan perkara yang jelas bercanggah ini.

Beliau juga berkata, bahkan Barisan Nasional sendiri dalam manifestonya sebelum ini meletakkan kriteria khusus untuk iktiraf UEC, iaitu dengan syarat mereka diwajibkan lulus Bahasa Melayu dengan kepujian dan lulus mata pelajaran Sejarah.

Apa pula kata Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan yang juga dari parti Bersatu dalam hal ini di mana Timbalannya sendiri melangkaui beliau dengan berkata;

“Berita baik untuk lulusan UEC. UEC kini setara dengan STPM dan A Level untuk tujuan (menduduki) PSAG.”

Maszlee wajar bertegas dan membawa perkara ini ke Kabinet untuk dibahaskan melainkan beliau sendiri seperti Tun Mahathir dan Muhyiddin yang tidak berani berkata apa-apa dan hanya akan menyokong tindakan segelintir pihak mengiktiraf UEC walaupun ia hanya akan merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Bagaimana mungkin kerajaan mengiktiraf UEC yang tidak bersandarkan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan soal perpaduan dan semangat patriotisme cintakan negara, sebaliknya melebihkan kurikulum yang diciplak daripada China serta Taiwan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts