PUTIN BERBINCANG DENGAN PRESIDEN LUBNAN MENGENAI BUKIT GOLAN

358
SHARES
2.1k
VIEWS

Presiden Rusia, Vladimir Putin akan membincangkan keputusan AS untuk mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan dengan rakan sejawatnya, Presiden Lebanon Michel Aoun di Moscow kelmarin, seperti yang dimaklumkan oleh Kremlin.

Pertemuan mereka dijadualkan selepas Presiden AS Donald Trump menandatangani pengisytiharan pada Isnin lepas dan secara rasmi memberikan pengiktirafan AS terhadap Dataran Tinggi Golan sebagai wilayah Israel.

“Keputusan sebegitu jelas menimbulkan kesan negatif terhadap pendudukan dan penyelesaian politik di Syria,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Aoun tiba di Moscow pada Isnin lepas untuk membincangkan mengenai perkara tersebut bersama Putin di Kremlin.

Beliau turut akan membincangkan mengenai pelarian Syria di Lubnan di mana mereka telah mengambil lebih daripada 1 juta pelarian, yang bersamaan dengan seperempat populasi di Lubnan.

Aoun berkata pada pertemuan dengan Vyacheslav Volodin, Speaker Parlimen Rusia, Lubnan  berkata mereka menghadapi ancaman kemerosotan ekonomi ekoran dari krisis di Syria serta menyatakan harapan Rusia akan membantu negaranya memulangkan rakyat Syria.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts