JANGAN LUPA MINUM SESUDU MINYAK KELAPA SAWIT SETIAP HARI

44
SHARES
492
VIEWS

Kebiasaannya jika anda mengamalkan minum minyak zaitun setiap hari maka tentu anda tahu bukan sembarangan jenis yang boleh diminum begitu sahaja.

Anda perlu memilih jenis perahan pertama atau digelar sebagai ‘Extra Virgin’ jika ingin mengamalkannya setiap hari bagi mendapatkan fadhilat atau manfaatnya.

Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyarankannya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati” – HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah.

Bagi orang Islam, cukup dengan mendengar ia adalah hadis Rasulullah SAW maka wajar diamalkan sesuai dengan fadhilatnya, tanpa perlupun mendengar hujahan saintifik kerana kita wajib beriman dengan apa yang Rasulullah SAW bawa dan sabdakan.

Namun antara khasiat dan manfaat minyak zaitun menurut kajian saintifik yang pernah disiarkan oleh Harian Metro ialah;

Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.

Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.

Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah (thrombosis).

Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok.

Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.

Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.

Oleh kerana itu Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memberi saranan kepada 30 juta rakyat Malaysia untuk minum sesudu minyak kelapa sawit setiap hari.

Justeru jangan abaikan dan lupa saranan Perdana Menteri anda.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend