APA FAEDAH KADIR JASIN DAN ZAINUDDIN MAIDIN MENGKRITIK ANWAR?

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai tujuan beliau bertemu Raja-Raja Melayu yang mengundang sindiran daripada Datuk A. Kadir Jasin dalam blognya bahawa Anwar kelihatan tidak sabar ingin menjadi Perdana Menteri sebelum Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tujuan yang sebenar di sebalik pertemuan tersebut.

Tujuan murni Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertemu Raja-Raja Melayu adalah bagi memberi jaminan oleh kerajaan Pakatan Harapan mengenai Perlembagaan, hak eksklusif Raja-Raja Melayu, agama Islam dan Ketuanan Melayu, malah pertemuan tersebut dimaklumkan juga kepada Yang Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu, tujuan pertemuan juga adalah bagi menghapuskan tanggapan bahawa kerajaan Pakatan Harapan menentang Raja-Raja Melayu dan jika dinilai dari sudut ini, pertemuan Anwar dan Raja-Raja Melayu itu amatlah diperlukan dalam situasi kerajaan Pakatan Harapan yang kelihatan terkial-kial meyakinkan rakyat dalam membentuk kerajaan.

Kemudiannya Kadir Jasin melalui blognya juga menyiarkan perbelanjaan YDP Agong tidak dipastikan kesahihannya yang kemudian dikritik pula oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan beliau menggunakan kedudukannya yang rapat dengan kerajaan dan tidak beradab kepada Raja-Raja Melayu, seperti mana kenyataan Anwar kepada media.

Kritikan demi kritikan yang tidak perlu ini akan membuka ruang kepada rakyat mengkritik pula kerajaan Pakatan Harapan yang tentunya tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.

Malah UMNO juga tidak mendapat manfaat daripada kelemahan dan kecacatan pelbagai individu dalam kerajaan Pakatan Harapan yang asyik mengkritik satu sama lain, kerana UMNO sendiri masih terkial-kial mencari rentak menjadi pembangkang sehinggakan Pemangku Presiden UMNO bertemu Perdana Menteri bagi meminta nasihat.

Rentetan daripada kronologi pertemuan Anwar dengan Raja-Raja Melayu serta perbelanjaan besar YDP Agong yang dikritik Kadir Jasin, akhirnya beliau meletakkan jawatannya selaku Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan.

Sikap terpuji Kadir Jasin meletakkan jawatan agar pengkritik beliau tidak mengaitkannya dengan kerajaan amatlah dihargai namun sikap beliau yang asyik mengkritik Raja-Raja Melayu amatlah dikesali dan terlalu kasar malah Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya turut mempertahankan Kadir Jasin dan mengkritik Anwar.

Ini membuka ruang dan menambah parah dalam situasi rakyat memerhati dan menilai kerajaan yang baharu dibentuk, yang asyik bercakaran dan teruja mengkritik satu sama lain berbanding membantu mentadbir negara dengan berkesan.

Dua tokoh media yang rapat dengan Perdana Menteri ini diharapnya tidak lagi keterlaluan dalam mengkritik Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana sekiranya mereka mempertikai adakah Anwar betul-betul sudah berubah, kita juga boleh mempertikai adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad juga sudah betul-betul berubah?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts