MUAFAKAT KUTUK PESTA UNSUR MAKSIAT SEPERTI “MALAM MUAFAKAT MELAKA”

461
SHARES
2.4k
VIEWS

Terkejut dengan iklan yang tular melalui laman media Facebook yang mempromosi program maksiat, MUAFAKAT mengutuk dengan sekeras-kerasnya sebarang pesta yang bergelumang dengan kemaksiatan seperti yang ditular.

Tambah lebih lagi, MUAFAKAT sangat membantah pesta terkutuk itu yang menggunapakai perkataan ‘muafakat’ seolah-olah menggambarkan pesta maksiat itu suatu yang baik bagi masyarakat untuk terlibat sama, sedangkan ia jauh dari naluri moral kemanusiaan dan akhlak keagamaan.

Haji Rashidi Haris selaku Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia mempersoalkan bagaimana pesta berunsur maksiat seperti “Malam Muafakat Melaka” yang akan diadakan pada 28 April ini boleh mendapat kelulusan dari pihak berwajib?

Adakah kerajaan baru yang diberi mandat oleh rakyat sememangnya antara agendanya adalah menggalakkan rakyat bermaksiat?

Adakah rakyat juga bersetuju dengan masa depan anak-anak mereka bebas mabuk berpesta serta berkemungkinan dalam suasana bersuka ria dengan pesta mabuk itu tidak mustahil mereka boleh terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah dan hubungan seks bebas.

Ditambah lagi dengan kehadiran golongan LGBT yang semua tahu sejauh mana penglibatan mereka dalam hubungan tidak bermoral yang melampau sesama sejenis.

Ke mana perginya pihak berwajib yang sepatutnya menjaga keharmonian awam dan mengawal perlakuan runtuhan akhlak terutamanya terhadap golongan remaja?

Justeru, MUAFAKAT sangat keras membantah pesta melampau ini yang keterlaluan, dan juga promosi yang meleset menggunapakai istilah ‘muafakat’ pada perkara yang salah bertentangan tatacara kemanusiaan.

Apakah maksud hak asasi manusia itu juga bermakna seseorang itu bebas untuk mabuk dan bebas untuk melakukan seks rambang dan hubungan sejenis?

Pada perkiraan MUAFAKAT, perkara ini mesti dibendung, dihalang dan disekat sebelum ia luas menular di kalangan masyarakat dan menjadi barah penyakit ke atas rakyat Malaysia yang selama ini terkenal dengan sikap sopan santun, menjaga perpaduan sesama kaum, saling menghormati satu sama lain dari berbilang kaum dalam negara majmuk dan tidak terjebak dengan maksiat terbuka yang keterlaluan dan bebas melampau-lampau.

“Hentikan sikap tidak bermoral ini kerana Malaysia masih jauh lagi dari keruntuhan moral yang melampau”, kata Haji Rashidi kepada pihak media.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts