ISTILAH CINA DAN INDIA TIADA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – BUZZE AZAM

1.1k
SHARES
4k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

  1. Pada pagi Ahad 24 Mac 2019, saya dihiburkan dengan tajuk artikel berbahasa Inggeris dalam akhbar online The Star yang bertajukExperts: ‘Social contract’ never in the Constitution
  2. Artikel berkenaan dimulakan dengan ayat provokasi  “The term ‘social contract’ does not appear in the Federal Constitution and its misuse by some in society is worrying, say experts.
  3. Bagi membalas provokasi berkenaan, saya juga menyatakan bahawa “The term ‘Chinese’ and ‘Indian’ does not appear in the Federal Constitution and its misuse by some in society is worrying, says Buzze Azam”.
  4. Di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, hanya terdapat 4 kategori rakyat Malaysia yang di bahagikan mengikut kategori  Orang Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Kaum-Kaum Lain.
  5. Tiada mana-mana bahagian dalam Perlembagaan yang mendefinisikan dan/atau memperincikan maksud Kaum-Kaum Lain.
  6. Terdapat 1 lagi kategori rakyat Malaysia yang dinyatakan dengan jelas kewujudannya dalam Perlembagaan iaitu ‘Orang Asli’ yang didefinisikan secara jelas dalam Perkara 160 Perlembagaan.
  7. Perkara 161A (7) Perlembagaan Persekutuan pula mendefinisikan Anak Negeri Sarawak terdiri daripada 21 ras asli  Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.
  8. Manakala Perkara 161A(6)(b) sebagai  anak atau cucu kepada seorang daripada suatu ras asli bagi Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.
  9. Jika logik akal 3 orang ahli panel forum berkenaan diaplikasikan di sini, maka ini bermaksud disebabkan tidak wujud istilah ‘kaum Cina’ dan ‘kaum India’ di dalam Perlembagaan Persekutuan maka adalah tidak berpelembagaan untuk kita menggelarkan mereka sebagai kaum Cina dan India kerana istilah Perlembagaan yang sebenar untuk mereka adalah “kaum-kaum lain”.
  10. Jadi kesilapan kita menggelarkan mereka sebagai Cina dan India adalah satu manipulasi istilah Perlembagaan.
  11. Selama ini kita memandai-mandai mengadakan satu istilah yang tidak pernah wujud dalam Perlembagaan.
  12. Jom kita hentikan penggunaan istilah Cina dan India bermula sekarang.
  13. Kita gunakan saja istilah “Kaum-kaum lain”
  14. Ada bantahan?

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts